• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada 5G Kedua sehingga wang kerajaan dikembalikan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:32 am
  • 02/12/2024
  • Komen
Tiada 5G Kedua sehingga wang kerajaan dikembalikan
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo memperjelas bahawa rangkaian 5G yang dibangunkan Digital Nasional Berhad (DNB) bukan dibiayai kerajaan sepenuhnya. Ia bagi menjawab dakwaan yang dikeluarkan pihak lain sebelum ini yang mengatakan 5G pertama menggunakan wang rakyat dan sebanyak RM16.5b terdedah kepada risiko.

Malaysia 5G oleh DNB

Berapa banyak wang rakyat dalam DNB?

YB Gobind memaklumkan yang memang ada angka RM16.5b. Walau bagaimanapun, ia adalah bajet yang diunjurkan merentasi 10 tahun yang dalamnya mengandungi dana kerajaan tapi sebahagian besarnya adalah daripada pihak swasta. Dua suntikan dana kerajaan dalam DNB yang dikongsikan YB Gobind adalah:



  • suntikan ekuiti sebanyak RM500 juta dalam 2021
  • pinjaman RM450 juta dalam May 2023
Malaysia 5G oleh DNB

Sebenarnya, pembangunan rangkaian 5G DNB adalah hasil dana daripada pinjaman yang beberapa daripada pinjaman itu djamin kerajaan dan bersama-sama lain-lain sumber kewangan.

Sehingga hari ini, DNB dah belanjakan RM5b untuk bangukan rangkaian 5G pertama ini. YB Gobind menekankan yang RM950 juta wang kerajaan dan pinjaman yang dijamin ini akan dibayar semula pihak telco kepada kerajaan sebagai sebahagian daripada syarat penghijrahan kepada model dwirangkaian 5G.



Pembayaran semula wang kerajaan oleh telco

YB Gobind menekankan yang rangkaian 5G kedua tidak akan dilancarkan sehingga Kementerian Kewangan beroleh semula pelaburan mereka di dalam DNB. Pembayaran semula dariapda telco ini memastikan tiadanya kerugian di pihak kerjaan.

Menteri juga memberitahu yang DNB buat masa di adalah dibawah pemantauan Kementerian Digital. Pihak kementerian sudahpun melakukan audit untuk memastikan integriti tatakelolanya sentiasa terjaga. Dia juga menjamin yang tiada sebarang isu dihadapi DNB pada segi kewangan dan operasi.

Apabila ditanya tentang hasil penemuan audity ang dijalankan, YB Gobind mengatakan yang pihaknya akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Beliau juga mengatakan yang audit telahpun berjalan sebelum CelcomDigi, Maxis, U Mobile, dan YTL memberikan komitmen untuk mengambil alih 65% pegangan dalam DNB.

Implementasi 5G DNB antara terbaik dunia

YB Gobind turut mengambil kesempatan berkongsikan pencapaian DNB. Antaranya adalah berjaya berikan cakupan 5G kepada 82% kawasan berpenduduk dan beroleh 16 juta pelanggan dalam masa tiga tahun. Ia adalah antara yang terbaik dunia.

Malaysia 5G oleh DNB

Tentang rangkaian 5G Kedua

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, U Mobile telah dipilih untuk membangunkan rangkaian 5G kedua Malaysia. Ia telah menimbulkan beberapa persoalan dalam kalangan pemerhati dan penganalisis.

Under the dual network model there will be two entities for 5G. One of the entities will take over DNB. pic.twitter.com/7KppUQRDx2

— SoyaCincau (@Soya_Cincau) May 8, 2023

Buat masa ini, sebayak 4 telco sudahpun ada pegangan dalam DNB. Tidaklah diketahui sama ada U Mobile akan bergerak solo dalam membangunkan rangkaian kedua ataupun mereka akan bekerjasama dengan telco lain. Sekiranya ya, telco yang terlibat dalam pembangunan rangkaian 5G kedua perlu melepaskan pegangan dalam DNB.

Kementerian Kewangan juga akan melepaskan pegangan dalam DNB untuk mengubah rangkaian itu menjadi swasta sepenuhnya.

Pihak berkuasa buat masa ini masih belum berkongsikan syarat-syarat yang ditetapkan kepada U Mobile sebagai penanda aras untuk mereka bangunakn rangkaian kedua. Contohnya adalah seperti sasaran cakupan dan garis pasa pembangunan 5G kedua.

Bagi memastikan kejayaan rangkaian 5G Malaysia, kedua-dua entiti perlulah mampu bersaing antara satu sama lain dalam persekitaran yang adil dan saksama.

Tags: 5g5g keduaDNBtelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Tiada 5G Kedua sehingga wang kerajaan dikembalikan

Tiada 5G Kedua sehingga wang kerajaan dikembalikan

2 December 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER