• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Smart Malaysia lancar program kesetiaan, boleh tebus mata untuk pengecasan EV percuma

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:49 pm
  • 03/12/2024
  • Komen
Smart Malaysia lancar program kesetiaan, boleh tebus mata untuk pengecasan EV percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Smart Malaysia, jenama EV yang dikendali Proton New Energy Technology (PRO-NET) telah melancarkan program kesetiaan pelanggan, menawarkan ganjaran bagi interaksi yang pengguna lakukan dengan jenama Smart.

Program kesetiaan ini dikuasakan sistem blockchain Geno W3-D2C dan mata ganjaran boleh diperoleh pelanggan melalui aktiviti harian, dengan mata ganjaran tersebut kemudiannya boleh ditebus kepada pelbagai jenis hadiah. Inisiatif ini dikatakan bertujuan untuk menggalakkan pelanggan bersama-sama mencipta dan mengembangkan komuniti Smart.



Cara untuk dapatkan mata ganjaran Smart Points

Untuk mendapatkan mata ganjaran dalam program ini, ia boleh dilakukan melalui aplikasi Hello Smart yang boleh dimuat turun di Google Play Store, App Store dan Huawei App Gallery.

Mata ganjaran untuk program kesetiaan ini dipanggil sebagai ‘Smart Points’ dan pelanggan boleh mengumpul mata ganjaran melalui tiga cara, iaitu Social-to-Earn, Referral-to-Earn dan Purchase-to-Earn. Social-to-Earn memberikan mata untuk interaksi pelanggan dengan Smart di media sosial seperti menekan butang kongsi dan suka di sesuatu hantaran.



Seterusnya, Referral-to-Earn memberikan mata kepada anda dan perujuk sekiranya anda berjaya menjemput rakan untuk mendaftar, pandu uji atau membeli kereta Smart. Akhir sekali, Purchase-to-Earn memberikan mata ganjaran sekiranya anda membeli kereta Smart.

Kesemua interaksi memberikan mata ganjaran yang berbeza. Untuk lebih jelas, anda boleh rujuk rajah di bawah:

Selain tiga cara yang disebutkan di atas, terdapat lagi satu cara untuk memperoleh mata ganjaran iaitu dengan Drive-to-Earn. Namun, ia adalah ciri yang masih sedang dibangunkan Smart, membolehkan pemilik kereta untuk menerima mata ganjaran dengan berkongsi data pemanduan sebagai langkah untuk bantu menambah baik produk Smart.

Tiada tarikh luput untuk mata ganjaran

Menurut Smart, tiada tarikh luput untuk mata ganjaran yang diperoleh dan ia akan disimpan menggunakan kontrak Smart berasaskan blockchain. Mata ganjaran tersebut juga boleh pengguna tebus kepada pelbagai jenis barangan melalui aplikasi Hello Smart dan sesi pengecasan EV secara percuma. Maka, pendekatan ini akan menyediakan lebih penjimatan kepada pemilik EV untuk mengecas kenderaan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, “Di smart Malaysia, kami percaya bahawa kesetiaan pelanggan lebih daripada sekadar program ganjaran yang ditawarkan. Inisiatif program kesetiaan pelanggan ini direka untuk mewujudkan hubungan yang erat bersama pelanggan kami dan mengiktiraf penglibatan mereka dengan jenama smart”.

Dalam masa sama, pelancaran program ini juga adalah seiring dengan sambutan ulang tahun pertama Smart Malaysia. Jika anda masih ingat, kali pertama kereta EV Smart yang diperkenal di Malaysia adalah Smart #1 yang dilancar pada hujung November tahun lalu.

Tags: Pro-NetSMARTsmart malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Smart Malaysia lancar program kesetiaan, boleh tebus mata untuk pengecasan EV percuma

Smart Malaysia lancar program kesetiaan, boleh tebus mata untuk pengecasan EV percuma

3 December 2024
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN