• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Hot 50 4G dilancar, telefon murah ada NFC & Bypass Charging

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:34 pm
  • 05/12/2024
  • Komen
Infinix Hot 50 4G dilancar, telefon murah ada NFC & Bypass Charging
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaru mereka, iaitu Hot 50 4G. Ia adalah model ketiga yang menyertai barisan Hot 50, selepas Hot 50 5G dan Hot 50i. Hot 50 4G berkongsi rupa paras yang sama seperti Hot 50 5G, tetapi didatangkan dengan skrin lebih baik serta tampil dengan fungsi Bypass Charging.

Harga dan ketersediaan Infinix Hot 50 4G

Orang ramai boleh mula dapatkan Hot 50 4G bermula hari ini, 5 Disember 2024. Hanya ada satu varian yang ditawarkan dengan RAM 6GB dan storan 256GB pada harga RM499. Sebagai perbandingan, ia RM100 lebih murah berbanding Hot 50 5G.



Tiada promosi pembelian awal yang disediakan untuk Hot 50 4G. Tetapi, Infinix ada menawarkan promosi 12.12 membolehkan telefon baru ini dibeli pada harga lebih murah, bermula 9 Disember sehingga 14 Disember 2024. Infinix menawarkan baucar diskaun 15% di Lazada, baucar diskaun 10% di Shopee dan baucar diskaun sehingga RM100 di TikTok.

Hot 50 4G ditawarkan dalam lima pilihan warna, iaitu kelabu, hijau, ungu, pink dan hitam. Sekiranya berminat, anda boleh dapatkan Hot 50 4G di Lazada, Shopee dan TikTok.



Spesifikasi Infinix Hot 50 4G

Kuasa Hot 50 4G digerakkan oleh cip Helio G100, cip yang hanya sokong rangkaian 4G berbanding Dimensity 6300 di Hot 50 5G. Tetapi, prestasi kedua-dua cip sebenarnya adalah lebih kurang sama kerana dibina menggunakan proses 6nm serta tampil dengan bilangan teras CPU yang sama.

Cip itu dipadankan dengan RAM LPDDR4X 6GB dan storan UFS 2.2 seluas 256GB, serta terdapat juga slot mikroSD untuk perluasan storan. Seperti varian 5G-nya, model yang akan dilancar ini juga dikatakan mampu berikan prestasi kekal lancar selama 5 tahun kerana memenuhi piawaian TUV SUD 5-Year Fluency Certification.

Di hadapan, Hot 50 4G menggunakan skrin LCD sebesar 6.78-inci dengan resolusi FHD+, sedikit lebih baik berbanding 6.7-inci HD di Hot 50 5G. Panel yang digunakan turut ada kadar penyegaran 120Hz dan sokong kecerahan puncak 800 nits, di samping memiliki pengiktirafan TUV Rheindland dalam penghasilan tahap cahaya biru rendah.

Tambah menarik, skrinnya turut ada kadar pensampelan sentuh setinggi 1,200Hz untuk berikan pengalaman gaming ultra responsif. Malah, Infinix juga mengatakan telefon ini mampu menjalankan permainan pada kadar bingkai 90FPS untuk permainan seperti Free Fire dan Mobile Legends.

Untuk pengimejan, telefon ini hadir dengan kamera utama 50MP, kamera depth dan kamera selfie 8MP. Sebagai perbandingan, Hot 50 5G juga menggunakan kamera selfie yang sama, tetapi kamera utamanya menggunakan sensor 48MP.

Bateri berkapasiti 5,000mAh dimuatkan pada Hot 50 4G dan ia menyokong pengecasan 18W USB-C, sama seperti Hot 50 5G. Namun, kelebihan model 4G ini adalah ia dilengkapi dengan fungsi Bypass Charging, sesuatu yang Hot 50 5G tiada. Infinix juga dakwa yang tahap kesihatan bateri juga boleh kekal lebih 80% selepas 4 tahun penggunaan.

Sejurus keluar kotak, telefon ini akan menjalankan sistem operasi XOS 14.5 berasaskan Android 14 yang hadir dengan ciri AI termasuk AI Eraser, AI CutOuts, AI Wallpaper, Folax dan AI Summary.

Ciri lain yang disokong Hot 50 4G termasuk WiFi 5, Bluetooth, NFC, pengimbas cap jari di butang kuasa dan jek audio 3.5mm.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Hot 50 4G.

Tags: Hot 50 4GInfinixinfinix hot 50Infinix Hot 50 4GInfinix Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix Hot 50 4G dilancar, telefon murah ada NFC & Bypass Charging

Infinix Hot 50 4G dilancar, telefon murah ada NFC & Bypass Charging

5 December 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER