• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Program Beta Samsung One UI 7 dibuka mulai di siri Galaxy S24

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:50 pm
  • 06/12/2024
  • Komen
Samsung Galaxy S24 Ultra: Tagih teknologi AI untuk tampil unik, apa lagi yang baharu?
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah mengumumkan program Beta One UI 7, sistem operasi terbaru Samsung berasaskan Android 15 kini telah dibuka untuk diuji orang ramai. Menurut Samsung, One UI 7 akan menampilkan lebih banyak fungsi AI, rekaan UI baru serta kawalan yang lebih intuitif untuk tambah baik pengalaman pengguna.

Antara fungsi baharu yang diketengahkan Samsung pada sistem operasi terbaharu ini adalah “Writing Assist” yang lebih canggih. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan Galaxy AI dengan memilih teks untuk mendapatkan ringkasan kandungan, semak tatabahasa dan tukarkan format teks ke dalam bentuk nota.



Writing Asisst di One UI 7

Selain itu, Samsung turut memperkenalkan fungsi AI “Call Transcripts” yang boleh menukarkan rakaman panggilan kepada teks memudahkan anda untuk merujuk semula konteks panggilan. Sebanyak 20 bahasa yang disokong dan ini termasuk bahasa Arab, Cina, Inggeris, Belanda, Perancis, Hindi, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Poland, Portugis, Romania, Rusia, Sepanyol, Sweden, Thai, Turki dan Vietnam.

Call Transcript di One UI 7

Rekaan UI baharu dengan “Now Bar”

Kemas kini ini juga akan memperlihatkan rekaan UI baharu yang lebih ringkas serta didatangkan dengan ciri seakan Dynamic Island, dipanggil “Now Bar” yang boleh memaparkan info di bawah skrin. Dengannya, ia akan maklumat seperti rakaman suara, main balik lagu, terjemahan dan juga pemasa pada lock screen, memberikan akses mudah kepada pengguna untuk lihat info tanpa membuka telefon.



Rekaan UI baharu dan Now Bar

Bukan itu sahaja, UI pada aplikasi kamera turut diperbaharui dengan kawalan yang lebih intuitif. Susunan butang kamera, butang kawalan dan mod telah diubah supaya ia lebih mudah diakses dan menawarkan imej yang lebih jelas ketika anda menangkap gambar atau merakam video.

UI kamera baharu

Terdapat juga kawalan zum baharu jika anda merakam video dalam mod Pro untuk membenarkan anda lakukan zum dengan lebih lancar.

Ketersediaan program Beta One UI 7

Pada awal pelancarannya, program Beta One UI 7 ini boleh mula diuji untuk pengguna siri Galaxy S24 bermula 5 Disember 2024 di enam buah negara, iaitu Jerman, India, Korea, Poland, UK dan Amerika Syarikat. Seperti biasa, program beta ini boleh disertai pengguna melalui aplikasi Samsung Members.

Untuk pelancaran rasmi One UI 7, Samsung mengatakan yang ia akan dilancarkan bersama telefon siri Galaxy S seterusnya, iaitu siri Galaxy S25 bermula suku pertama tahun 2025.

Tags: android 15Beta One UI 7Galaxy S24One UI 7Program Beta One UI 7samsungsamsung galaxysamsung malaysiasiri Galaxy S24
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy S24 Ultra: Tagih teknologi AI untuk tampil unik, apa lagi yang baharu?

Program Beta Samsung One UI 7 dibuka mulai di siri Galaxy S24

6 December 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER