• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

JuiceUp lancar sistem pembayaran kad di pengecas EV Cucuk, TNB Electron dan JusEV

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:16 pm
  • 22/07/2024
  • Komen
JuiceUp lancar sistem pembayaran kad di pengecas EV Cucuk, TNB Electron dan JusEV
Share on FacebookShare on Twitter

JuiceUp telah melancarkan solusi pembayaran terbukanya untuk pengecas EV, di acara EVX 2024 yang bertempat di Setia Alam. Bukan itu sahaja, JuiceUp juga telah mengumumkan kerjasama mereka bersama pengendali pengecas EV lain yang bakal menggunakan solusi sistem pembayaran terbuka JuiceUp pada pengecas-pengecas EV mereka.

Dengan JuiceUp, pengguna boleh mengaktifkan pengecas EV serta membayar kos pengecasan melalui pembayaran tanpa sentuh kad debit atau kredit tanpa perlu bergantung pada aplikasi tertentu. Ini sangat memudahkan kerana setakat ini, cara utama untuk mengecas di stesen pengecasan adalah dengan menggunakan aplikasi dan lakukan pembayaran dalam aplikasi sama.



Oleh kerana terdapat banyak pengendali pengecas EV di pasaran, ini bermakna anda perlu memuat turun pelbagai aplikasi hanya untuk mengecas EV, yang merupakan satu perkara yang dapat diselesakan dengan sistem pembayaran kad JuiceUp. Namun, disebabkan ketiadaan penggunaan aplikasi, cara pemantauan pengecasan di JuiceUp sedikit bebeza.

Pengguna boleh mendapatkan status pengecasan dengan mengimbas kod QR di skrin terminal yang kemudiannya akan membawa ke laman web JuiceUp yang menunjukkan segala status pengecasan.



Selain itu, JuiceUp telah mendedahkan tiga pengendali pengecas EV yang bakal mengguna pakai sistem pembayaran terbuka mereka pada masa akan datang. Ini termasuk Cucuk, JusEV dan TNB Electron. Namun, garis masa untuk penginterasian sistemnya masih belum diketahui buat masa ini kerana masih lagi di dalam fasa awal.

Setakat ini, sistem pembayaran terbuka JuiceUp digunakan di beberapa pengecas EVPower, iaitu rakan kongsi JuiceUp yang pertama di sekitar Lembah Klang, Melaka, dan Johor. Ia termasuk lokasi seperti Arte Cheras, Arte Month Kiara, Mercure Kuala Lumpur Trion, Sports Arena Kuala Lumpur, The Concept Hotel Melaka, and Menara Hartamas Johor Bahru.

Selain pengendali pengecas EV, JuiceUp juga bekerjasama dengan pelbagai institusi lain macam Visa, CIMB, Bank Islam, Bank Muamalat, Gading Kencana, Malakoff, TELD, VSD Automation, Sinexcel, Reactive Energy dan My Evolution untuk memantapkan lagi sektor dan ekosistem EV di Malaysia.

[Sumber: SoyaCincau]

  • Cukai jalan EV baru diumum lebih rendah, berdasarkan kuasa motor elektrik
  • EVPower dan TELD bekerjasama bangun pengecas EV ultra-pantas, mahu latih teknologi terkini di Malaysia
  • Cukai Jalan EV Malaysia: Guna kalkulator ini untuk kiranya
Tags: cucukEVPowerJuiceUpPengecas EVTNB Electron
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
JuiceUp lancar sistem pembayaran kad di pengecas EV Cucuk, TNB Electron dan JusEV

JuiceUp lancar sistem pembayaran kad di pengecas EV Cucuk, TNB Electron dan JusEV

22 July 2024
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN