Artikel ini dibawakan oleh Proton e.MAS SG Car
Bermula jam 6 petang pada 16 Disember 2024, bilik pameran Proton e.MAS SG Car di Shah Alam akan membuka pintunya untuk orang ramai kunjungi dan merasai pengalaman dengan Proton e.MAS 7. Jadi antara yang pertama untuk cuba dan lihat sendiri EV pertama Proton, serta anda juga boleh buat tempahan anda di sana.
Khas untuk pembaca SoyaCincau, anda boleh nikmati tawaran eksklusif jika anda bercadang untuk dapatkan Proton e.MAS 7. Dengan gunakan kod promo EMAS7SC, anda akan terima kursus pengguna EV dan akses kepada kumpulan sokongan pengguna EV Proton e.MAS 7 secara percuma.
Melalui kursus pengguna EV ini, anda akan terima bimbingan dan sokongan komuniti yang anda perlukan untuk manfaatkan penggunaan EV Proton e.MAS 7 anda sepenuhnya. Jadi, jangan terlepas peluang ini!
Untuk tempah Proton e.MAS 7 dengan kami, anda hanya perlu lakukan langkah berikut:
- Isi borang tempahan Proton.eMAS 7
- Pindahkan bayaran tempahan RM500 ke akaun yang dinyatakan dalam borang tempahan. (PENTING: masukkan kod promo EMAS7SC dalam deskripsi pembayaran)
- Muat naik resit pembayaran ke dalam borang tempahan.
- Tekan ‘submit’ untuk hantar borang.
- Hantar screenshot resit pembayaran bersama dengan gambar kad pengenalan (depan dan belakang) melalui WhatsApp di nombor +603-3310 0030.
Anda tak perlu risau tentang kehilangan deposit, sebab bayaran RM500 akan dikembalikan sepenuhnya kepada anda jika anda berubah fikiran. Kalau ada sebarang pertanyaan, anda boleh mesej kami di WhatsApp.
Kenapa anda perlu ke bilik pameran Proton e.MAS SG Car Shah Alam?
1. Tempat letak kereta luas dan mudah diakses
Yang pertama, bilik pameran Proton e.MAS SG Car di Shah Alam mempunyai banyak tempat letak kereta, termasuk tempat letak kereta yang dikhususkan untuk pelanggan eMas.
Malah, lokasi bilik pameran juga terletak di kawasan strategik tanpa melibatkan sebarang kesesakan lalu lintas, menjadikan lawatan anda lebih lancar.
2. Pengecas pantas DC tersedia di luar
Terdapat pengecas DC di luar bilik pameran, membolehkan anda untuk mengecas EV anda dengan pantas sambil menjenguk dan mecuba Proton e.MAS 7 terbaru dalam bilik pameran.
3. Suasana bilik pameran yang premium
Ruang dalaman bilik pameran Proton e.MAS SG Car Shah Alam juga dapat tawarkan suasana premium. Membuatkan anda seolah anda memasuki bilik pameran kereta mewah.
4. Pelbagai aksesori tersedia
Terdapat banyak aksesori Proton e.MAS 7 yang dipamerkan dalam bilik pameran dan anda boleh terokainya untuk pengalaman secara langsung.
5. Bilik perbincangan peribadi
Nak bincang secara peribadi dengan penasihat jualan? Jangan risau kerana bilik pameran turut dilengkapi bilik perbincangan peribadi, bolehkan anda bincang tanpa gangguan.
6. Tempat duduk selesa
Tak kira sama ada anda datang dengan keluarga, kawan atau berseorangan, bilik pameran ini menawarkan tempat duduk yang mencukupi untuk semua. Soket kuasa juga tersedia untuk bolehkan anda mengecas peranti anda sekiranya perlu.
7. Minuman dan snek percuma
Anda juga boleh nikmati minuman dan snek percuma sementara menunggu atau menerokai bilik pameran.
8. Kemudahan servis pada masa depan
Apabila tibanya masa untuk servis e.MAS 7 anda? bilik pameran ini juga menyediakan ruang tempat duduk luas serta kaunter yang banyak, sekali gus meminimumkan masa menunggu.
Jadi, apa tunggu lagi? Datang dan alami Proton e.MAS 7 di bilik pameran Proton e.MAS SG Car di Shah Alam sekarang!
Spesifikasi ringkas Proton e.MAS 7
Proton e.MAS 7 adalah sebuah SUC segmen C berukuran 4,615 x 1,901 x 1,670 mm, dengan jarak roda sepanjang 2,750mm. Ia dibina di atas platform Proton-Geely Global Modular Architecture (GMA).
Untuk prestasi, e.MAS 7 menggunakan motor 12-dalam-1 yang mampu menghasilkan output kuasa maksimum setinggi 160kW (215hp) dengan tork setinggi 320Nm. Kereta ini boleh pecut ke dari 0-100km dalam masa 6.9 saat dengan kelajuan maksimum ditetapkan pada 175km/j.
Varian Prime dibekalkan bateri berkapasiti 49.52kWh dengan jarak kembara sejauh 345km (WLTP), manakala varian premium memiliki bateri 60.22kWh dengan jarak kembara mencapai 410km. Kedua-dua varian juga boleh menerima arus AC sehingga 11kW dan katanya mengambil masa sepantas 4.9 jam untuk mengisi 30% kepada 80%.
Bergantung pada varian, e.MAS 7 juga dilengkapkan dengan panoramic sunroof, power tailgate, skrin inforia gergasi 15.4”, kerusi kulit dengan pengudaraan serta speaker sebanyak 16 unit berteknologi Fyme Sound. Malah terdapat juga speaker pada headrest kerusi pemandu.
Antara sistem bantu pandu (ADAS) yang ada di e.MAS 7 termasuk ntelligent Cruise Control (ICC), Adaptive Cruise Control (ACC), Automatic Emergency Braking (AEB), Forward Collision Warning (FCW) dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke pengumuman pelancaran Proton e.MAS 7 kami.