• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Revo Box mini PC, komputer kompak berkuasa Intel Core i7

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:43 pm
  • 17/12/2024
  • Komen
Acer Revo Box mini PC, komputer kompak berkuasa Intel Core i7
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ini telah memperkenalkan Acer Revo Box mini PC (RB102). Ia adalah sebuah komputer kompak dengan prestasi cukup berkuasa, diperkasa cip pemproses Intel Core generasi ke-13 serta hadir dengan pelbagai pilihan port untuk kemudahan sambungan.

Harga Acer Revo Box Mini di Malaysia

Acer Revo Box mini PC didatangkan dalam dua varian dengan berlainan cip pemproses. Berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • Acer Revo Box Mini PC, Intel Core i7-1355U – RM2,699
  • Acer Revo Box Mini PC, Intel Core i5-1334U – RM2,049

Sekiranya berminat, Revo Box mini PC ini tersedia untuk didapatkan orang ramai sekarang di stor rasmi Acer di Lazada dan Shopee, serta pengedar sah Acer di seluruh Malaysia.

Spesifikasi Acer Revo Box mini PC (RB102)

Seperti yang dikatakan tadi, Acer Revo Box mini PC (RB102) adalah sebuah komputer kompak, dengan badannya ada ukuran 131 x 131 x 43mm dan berat 1kg. Ini bermaksud, ia boleh disusun dengan mudah tanpa memerlukan ruangan yang besar. Malah, untuk setup lebih kemas, Revo Box mini PC ini turut boleh disangkut pada monitor kerana serasi dengan pelekap VESA.



Di dalam, Revo Box mini ini disediakan dalam dua pilihan cip pemproses, sama ada Intel Core i7-1355U atau Intel Core i5-1334U. Cip itu turut memanfaatkan GPU Intel UHD Graphics, tiada kad grafik khusus. Kedua-dua varian akan didatangkan dengan RAM DDR4 seluas 16GB dan storan M.2 PCI-e Gen4 SSD seluas 512GB. Terdapat lagi satu slot M.2 PCI-e Gen4 SSD yang anda boleh manfaat untuk perluasan storan.

Walaupun berbadan kompak, pilihan port I/O yang ditawarkan pada komputer ini dilihat mencukupi. Penawaran port I/O yang ada pada komputer ini termasuk satu port pengecas DC, satu DisplayPort 1.4, satu HDMI 2.1, empat USB-A 3.2, satu USB-C PD15W, satu jek audio dan dua port Ethernet.

Untuk sambungan wayarles, komputer ini menggunakan WiFi 6 dan Bluetooth 5. Acer juga menyediakan waranti selama tiga tahun bagi Revo Box mini ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Acer Revo Box mini.

Tags: AcerAcer Malaysiaacer revo box mini pcIntelintel core
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer Revo Box mini PC, komputer kompak berkuasa Intel Core i7

Acer Revo Box mini PC, komputer kompak berkuasa Intel Core i7

17 December 2024
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN