• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton e.MAS 7 terima penarafan 5 bintang ASEAN NCAP

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:41 am
  • 17/12/2024
  • Komen
Proton e.MAS 7 terima penarafan 5 bintang ASEAN NCAP
Share on FacebookShare on Twitter

EV nasional pertama, Proton e.MAS 7 telah selamat dilancarkan. Sewaktu pelancarannya, Proton e.MAS 7 turut didedahkan menerima penarafan 5 bintang daripada ASEAN NCAP, menjadikan ia antara EV dengan tahap keselamatan terbaik.

Untuk maklumat anda, e.MAS 7 bukanlah satu-satunya kenderaan Proton yang dianugerahkan tahap keselamatan 5 bintang ASEAN NCAP. Sebelum ini, Proton X50, X70 dan S70 juga peroleh tahap keselamatan 5 bintang sama, manakala Proton Saga meraih penarafan 4 bintang oleh penilai sama.



Proton e.MAS 7 peroleh skor 92.57 daripada 100 mata

Berdasarkan laporan ujian, e.MAS 7 telah diuji menggunakan protokol penilaian ASEAN NCAP 2021 – 2025. Protokol penilaian merangkumi empat ujian termasuk Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) yang mewakili 40% daripada skor keseluruhan.

Tiga lagi ujian adalah Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP), Bantuan Keselamatan (SA) dan Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) yang mewakili 20% mata setiap satu dalam skor keseluruhan.



Untuk skor yang lebih jelas bagi setiap ujian, e.MAS 7 peroleh 39 mata untuk ujian AOP, manakala 17.32 mata untuk ujian COP. Sementara itu, skor yang diterima e.MAS 7 untuk ujian SA dan MS adalah masing-masing 20 mata dan 16.21 mata.

Maka, secara keseluruhan, e.MAS 7 berjaya untuk meraih 92.57 daripada 100 mata. Markah yang diperoleh e.MAS 7 antara yang tertinggi dalam kalangan kenderaan yang dianugerahkan 5 bintang oleh ASEAN NCAP pada tahun ini. Kenderaan lain yang dimaksudkan termasuk Chery Omoda yang dapat 88.64 mata, GAC Emzoom yang peroleh 88.39 mata, Honda Accord yang peroleh 87.44 mata dan Mitsubishi Xforce yang terima 79.15 mata.

Neta V

Untuk perbandingan dengan EV lain contohnya Neta V, tahap keselamatan yang dimiliki e.MAS 7 adalah jauh lebih baik kerana Neta V diberi penarafan 0 bintang ASEAN NCAP disebabkan skor yang diperoleh hanya 28.55 mata.

Ciri keselamatan Proton e.MAS 7

Bagaimanapun, penganugerahan penarafan 5 bintang daripada ASEAN NCAP bukanlah sesuatu yang mengejutkan untuk e.MAS 7. Ini kerana, e.MAS 7 merupakan model kenderaan Proton pertama yang didatangi dengan Advanced Driver Assistance System (ADAS) secara standard, tidak terhad hanya untuk varian tertinggi sahaja.

Selain itu, e.MAS 7 juga dilengkapi dengan 6 beg udara, termasuk beg udara pada bahagian cermin sisi penumpang hadapan dan belakang. Lagi ciri lain yang didatangkan secara standard untuk kedua-dua varian e.MAS 7 adalah kamera pandangan 360 darjah dan fungsi auto hold.

Harga dan promosi Proton e.MAS 7 di Malaysia

Proton e.MAS 7 ditawarkan dalam dua varian pada harga berikut:

  • Proton e.MAS 7 Prime – RM109,800
  • Proton e.MAS 7 Premium – RM123,800

Namun, sempena pelancarannya, Proton menyediakan rebat RM4000 untuk 3,000 pembeli terawal menjadikan EV pertama Proton itu boleh didapati lebih murah pada harga berikut:

  • Proton e.MAS 7 Prime – RM105,800
  • Proton e.MAS 7 Premium – RM119,800

Tawaran istimewa Proton e.MAS 7 untuk pembaca SoyaCincau

Khas untuk pembaca SoyaCincau, anda boleh dapatkan lebih banyak manfaat apabila menempah Proton e.MAS 7, iaitu:

  • Kursus pengguna EV Proton e.MAS 7 SoyaCincau.com
  • Akses kepada kumpulan sokongan pengguna EV Proton e.MAS 7 SoyaCincau.com

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah tiga langkah tersebut:

  1. Isi borang tempahan awal Proton.eMAS 7
  2. Pindahkan bayaran tempahan RM500 ke akaun yang dinyatakan dalam borang tempahan (PENTING: masukkan kod promo EMAS7SC dalam deskripsi pembayaran)
  3. Hantar screenshot resit pembayaran bersama dengan gambar kad pengenalan (depan dan belakang) melalui WhatsApp di nombor +603-3310 0030.

Anda tak perlu risau tentang kehilangan deposit, sebab bayaran RM500 akan dikembalikan sepenuhnya kepada anda jika anda berubah fikiran. Tawaran eksklusif ini akan tersedia sehingga hujung Janauari 2025 sahaja.

Kalau anda sebarang pertanyaan mengenai tawaran istimewa Protone.MAS 7 untuk pembaca SoyaCincau.com, anda boleh mesej kami di WhatsApp di nombor +603 3310 0030 atau klik sahaja di sini.

Tags: ASEAN NCAPEVKereta elektrikprotonproton emasproton emas 7proton ev
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 7 terima penarafan 5 bintang ASEAN NCAP

Proton e.MAS 7 terima penarafan 5 bintang ASEAN NCAP

17 December 2024
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN