• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM sahkan insiden kecurian kabel di Pulau Pinang melibatkan pekerja mereka

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:23 pm
  • 18/12/2024
  • Komen
TM sahkan insiden kecurian kabel di Pulau Pinang melibatkan pekerja mereka
Share on FacebookShare on Twitter

TM telah mengesahkan bahawa insiden kecurian kabel bari-baru ini yang berlaku di Tanjung Bungah, Pulau Pinang sememangnya melibatkan kontraktor dan pekerja mereka sendiri. Ini susulan daripada penahanan dua pekerja TM dan enam kontraktor TM yang dipercayai terlibat dalam aktiviti mencuri kabel.

Dalam kenyataan rasmi TM, mereka mengatakan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan. Namun, memandangkan siasatan masih sedang dijalankan, pihak TM  tidak dapat memberikan ulasan lanjut mengenai perkara ini.



Bagaimana aktiviti pemotongan kabel terbongkar

Menurut laporan RTM, aktiviti tersebut terbongkar selepas pihak polis mengesan kesemua suspek melakukan kerja-kerja pemotongan kabel tanpa sebarang kebenaran atau pengesahan daripada pihak TM. 

Semasa pemeriksaan dijalankan, polis memaklumkan yang suspek ada menunjukkan borang pengesahan yang katanya dikeluarkan pihak TM, tetapi pegawai dan anggota polis bertugas curiga tentang keaslian borang yang ditunjukkan. Jadi, polis melakukan pengesahan dengan wakil pihak TM dan mereka mengesahkan tiada kebenaran diberikan untuk kerja-kerja pemotongan kabel di kawasan tersebut.



Disebabkan itu, polis telah merampas 242 batang kabel dengan ia melibatkan kerugian kira-kira RM100,000. Empat suspek yang ditahan berusia di antara 31 tahun hingga 42 tahun juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan ketum. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

TM akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pesalah

TM dalam kenyataan yang sama juga memaklumkan mereka tidak akan bertoleransi terhadap sebarang salah laku dan tidak teragak-agak untuk ambil tindakan tegas dan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan. Ia selaras dengan komitmen mereka untuk menegakkan integriti dan akauntabiliti di organisasi TM.

Dalam masa sama, TM turut menyatakan, “kecurian kabel adalah satu kesalahan serius yang mengancam keselamatan nyawa, mengganggu perkhidmatan penting yang diperlukan rakyat Malaysia setiap hari”. TM menyeru orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan laporkan sebarang aktiviti mencurigakan dengan menghubungi 999 atau laporkan di balai polis berdekatan.

[Sumber: Kenyataan rasmi TM / RTM] [Sumber gambar]

Tags: Telekom MalaysiaTM
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

TM sahkan insiden kecurian kabel di Pulau Pinang melibatkan pekerja mereka

TM sahkan insiden kecurian kabel di Pulau Pinang melibatkan pekerja mereka

18 December 2024
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN