• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Note 60x kini di Malaysia, telefon murah tahan lasak berkuasa Unisoc T612

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:02 pm
  • 13/01/2025
  • Komen
Realme Note 60x kini di Malaysia, telefon murah tahan lasak berkuasa Unisoc T612
Share on FacebookShare on Twitter

Realme telah mengumumkan Realme Note 60x, telefon pintar kelas permulaan terbaharu dalam siri Note mereka. Ia merupakan versi Note 60 yang lebih murah tetapi masih mengekalkan spesifikasi hampir sama, serta tampil dengan rekaan teguh dan tahan lasak dengan ciri perlindungan ArmorShell.

Namun, disebabkan harganya yang lebih murah, ia didatangkan dengan storan lebih kecil dan sistem kamera yang diturun taraf.



Harga Realme Note 60x di Malaysia

Realme Note 60x ditawarkan dalam satu varian di Malaysia. Berikut adalah harga jualan Realme Note 60x di Malaysia:

  • Realme Note 60x (RAM 4GB dan storan 64GB) – RM369

Sebagai promosi, Realme turut menawarkan lanjutan waranti selama satu tahun bernilai RM149 kepada pembeli. Lebih menarik, pada ketika ini, dilihat Realme Note 60x boleh didapatkan pada harga lebih murah, RM349 dengan menebus baucar di Shopee.



Untuk membuat pembelian, anda boleh singgah stor rasmi Realme di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Realme Note 60x

Bahagian hadapan Realme Note 60x dipasangkan skrin IPS LCD berukuran 6.74″. Skrin ini mempunyai resolusi HD 720p dengan kadar penyegaran yang 90Hz dan kecerahan puncak 560 nits. Selain ada rekaan teguh dan tahan lasak dengan perlindugan Armor Shell, telefon ini juga diiktiraf kalis percikan air dan debu IP54, sedikit turun taraf daripada IP64 di Note 60.

Penggerak utama telefon ini adalah cip Unisoc T612 12nm, cip yang sama terdapat pada Note 60. Cip itu dipadankan dengan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB, sedikit lebih kecil berbanding 128GB di Note 60. Namun, slot kad mikroSD masih tersedia membolehkan storan diperluas.

Sistem pengimejan Realme Note 60x terdiri daripada dua kamera, iaitu kamera selfie 5MP dan kamera utama 8MP, sensor yang jauh lebih kecil berbanding 32MP di Note 60. Bagaimanapun, takuk U pada dahi skrinnya boleh diperbesar untuk paparan maklumat dengan fungsi Mini Capsule 2.0.

Kapasiti bateri yang dimuatkan adalah sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan 10W melalui USB-C. Sejurus keluar kotak, ia menjalankan sistem operasi Realme UI berasaskan Android 14 dan Realme menjanjikan prestasi telefon boleh kekal lancar selama 4 tahun.

Speaker yang digunakan adalah jenis mono dan terdapat jek audio 3.5mm bagi keperluan sambungan audio berwayar. Telefon ini juga sokong Bluetooth 5.0, 4G, dan WiFi 5, tiada pengimbas cap jari di butang kuasa. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan termasuk hitam dan hijau.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Realme Note 60x.

Tags: RealmeRealme MalaysiaRealme Note 60x
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme Note 60x kini di Malaysia, telefon murah tahan lasak berkuasa Unisoc T612

Realme Note 60x kini di Malaysia, telefon murah tahan lasak berkuasa Unisoc T612

13 January 2025
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN