• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan hentikan pemberian tol percuma sewaktu musim perayaan

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:49 pm
  • 21/01/2025
  • Komen
Kerajaan hentikan pemberian tol percuma sewaktu musim perayaan
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi telah mengumumkan bahawa pelaksanaan tol percuma sewaktu musim perayaan kini telah dihentikan. Perkara itu didedahkan beliau ketika sidang media di Majlis Pembukaan Seksyen 2 (Persimpangan Bertingkat SKVE ke Persimpangan Bertingkat SAE) di Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).

Kelihatan pengumuman ini dibuat supaya orang ramai tidak menjangkakan pemberian tol percuma dalam masa terdekat, memandangkan sambutan Tahun Baru Cina akan berlangsung pada minggu hadapan.



Pendekatan lebih bersasar akan dilaksanakan

Alexander Nanta Linggi sewaktu pembukaan Seksyen 2 WCE [Sumber: Facebook Alexander Nanta Linggi]

Menurut Alexander, keputusan untuk menghentikan pemberian tol percuma sewaktu musim perayaan telah dibuat dalam mesyuarat kabinet tahun lalu. Menurutnya, kerajaan akan menggantikannya dengan pendekatan yang lebih bersasar dan tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma pada musim perayaan.

Walau bagaimanapun, Namun, Alexander tidak mendedahkan perincian mengenai pelaksanaannya dan hanya berkata ia akan diumumkan dalam masa terdekat.



Sepanjang tahun 2024, kerajaan telah membayar syarikat konsensi tol lebih RM200 juta untuk laksanakan pemberian tol percuma sewaktu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Hari Natal. Bagaimanapun, pendekatan yang lebih bersasar ini adalah selari dengan usaha kerajaan untuk menyelaraskan pengagihan subsidi.

Pada bulan Jun tahun lalu, kerajaan telah laksanakan subsidi bersasar bagi diesel di Semenanjung Malaysia dan menggantikannya dengan harga mengikut pasaran. Subsidi diesel kemudiannya disalurkan kepada penerima yang layak melalui program Bumi Madani dan MySubsidi Diesel.

Sementara itu, kerajaan juga merancang untuk melaksanakan subsidi RON95 menjelang pertengahan tahun ini.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: Alexendar Nanta LinggiPlaza TolTOLTol percuma
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kerajaan hentikan pemberian tol percuma sewaktu musim perayaan

Kerajaan hentikan pemberian tol percuma sewaktu musim perayaan

21 January 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER