• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch ‘n Go perkenal RFID Tag Oyen, hanya RM35 buat masa terhad

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:25 pm
  • 24/01/2025
  • Komen
Touch ‘n Go perkenal RFID Tag Oyen, hanya RM35 buat masa terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Touch ‘n Go hari ini telah memperkenalkan RFID Tag Edisi Kucing baharu yang menampilkan tema kucing Oyen yang digemari ramai. Ianya adalah tema yang sama pernah Touch ‘n Go perkenalkan pada Charm Oyen sekitar Oktober tahun 2023 dan juga Extendable Charm pada hujung tahun lepas.

Menurut Touch ‘n Go, RFID Tag Oyen ini adalah RFID Tag pertama bersaiz sederhana, dengan ianya sesuai untuk dipasang pada kiri cermin hadapan atau kiri bumper kereta. Ini berbeza dengan RFID Tag Touch ‘n Go biasa yang perlu dipasang di sebelah kiri lampu hadapan ataupun di kiri cermin hadapan.



Tetapi untuk RFID Tag Oyen, kelihatan seperti ia tidak lagi boleh dipasang di sebelah kiri lampu hadapan kereta kerana Touch ‘n Go menasihati pengguna untuk mengelak daripada memasangnya di lampu hadapan kereta, bagi mematuhi garis panduan yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bagaimanapun, ia berfungsi sama seperti RFID Touch ‘n Go yang lain membolehkan anda melalui tol dengan lancar tanpa membuka tingkap dan boleh ditambah nilai dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Ia juga sokong ciri SOS Balance yang baru sahaja diperkenal beberapa hari lepas.



Harga dan ketersediaan RFID Tag Oyen

RFID Tag Oyen kini boleh didapatkan orang ramai bermula hari ini, 24 Januari 2025 pada harga RM35 untuk masa terhad. Bagaimanapun, Touch ‘n Go tidak menyatakan sampai bilakah ia akan dijual pada harga promosi tersebut. Kalau berminat, anda boleh dapatkannya melalui stor rasmi Touch ‘n Go di Shopee atau stor fizikal mereka di Nu Sentral dan Bangsar South.

Sekiranya ini adalah kali pertama anda mendapatkan RFID Tag, berikut adalah cara untuk anda mengaktifkannya.

  • Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet
  • Pergi ke bahagian RFID dalam menu utama
  • Masukkan butiran Tag RFID anda (ditemui pada pembungkusan tag atau dalam emel pengesahan pembelian anda)
  • Hubungkan tag anda dengan nombor pendaftaran kenderaan dan akaun eWallet anda.
Tags: rfidtngtng rfidTouch n Go
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Touch ‘n Go perkenal RFID Tag Oyen, hanya RM35 buat masa terhad

Touch ‘n Go perkenal RFID Tag Oyen, hanya RM35 buat masa terhad

24 January 2025
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN