• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DeepSeek: Model AI China gugat gergasi teknologi dunia, saham Nvidia jatuh hampir USD 600 bilion

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:08 pm
  • 28/01/2025
  • Komen
DeepSeek: Model AI China gugat gergasi teknologi dunia, saham Nvidia jatuh hampir USD 600 bilion
Share on FacebookShare on Twitter

Pada minggu lepas, DeepSeek, iaitu syarikat pemula AI China telah menyebabkan kekecohan dalam industri AI kerana kemajuan canggih model DeepSeek-V3 yang mereka bangunkan. Model AI itu menjanjikan kecekapan lebih tinggi dan menggunakan kuasa pengkomputeran lebih rendah berbanding model AI lain seperti OpenAI, Meta dan Google.

DeepSeek beroperasi dengan kos rendah, mungkin lebih baik dari ChatGPT

Apa yang menjadikan DeepSeek sebagai kekuatan yang mengganggu dalam industri AI adalah keberkesanan kosnya. DeepSeek dapat membuat AI berprestasi tinggi lebih mudah diakses dan lebih mampan daripada segi kewangan. Dilaporkan yang DeepSeek hanya memerlukan kurang daripada USD 6 juta (~RM26.3 juta) untuk melatih model AI mereka, jauh lebih murah berbanding apa yang dibelanjakan syarikat gergasi teknologi lain.



Ini dicapai DeepSeek walaupun dengan menggunakan kira-kira 2,000 cip Nvidia H800 yang dianggap “kurang berkuasa” berbanding cip lebih maju, disebabkan sekatan import yang dikenakan Amerika Syarikat.

Setakat ini, DeepSeep adalah aplikasi percuma nombor 1 di Apple App Store di beberapa negara termasuk AS dan Malaysia, mengalahkan ChatGPT dan platform media sosial lain.



Pada pagi tadi, platform tersebut menggantung pendaftaran buat sementara waktu, dikatakan disebabkan oleh serangan berniat jahat secara besar-besaran ke atas perkhidmatan DeepSeek. Tetapi kini, kelihatan perkhidmatannya telah kembali pulih dan pengguna boleh mendaftar DeepSeek seperti biasa.

Bagi mereka yang dah mencuba DeepSeek, model AI ini nampaknya memberikan saingan sengit terhadap ChatGPT. Berdasarkan laporan AndroidAuthority, mereka mendapati DeepSeek mampu menjadi alternatif kepada ChatGPT, setelah mencubanya untuk pelbagai tugasan seperti menulis kod untuk permainan Tic Tac Toe dan menghasilkan draf ulasan OnePlus 13.

Proses pemikiran DeepSeek menurut AndroidAuthority adalah mirip manusia kerana ia memberikan pecahan yang lebih jelas berkenaan konteks, struktur dan penjelasan pada jawapannya. DeepSeek adalah perisian sumber terbuka dan boleh digunakan secara percuma. Sebagai perbandingan, ChatGPT berharga USD20 (~RM87.90) sebulan untuk versi Plus dan USD200 (~RM879) sebulan.

Nvidia kehilangan hampir USD 600 bilion, kemerosotan terbanyak untuk syarikat AS

Apabila pasaran saham AS dibuka pada hari Isnin, lebih USD 1 trilion dalam nilai pasaran telah lesap, terutamanya disebabkan oleh DeepSeek. Ini kerana, syarikat AI China tersebut menimbulkan kebimbangan tentang daya saing dan keuntungan syarikat gergasi teknologi AS yang melabur secara besar-besaran dalam AI.

Salah satu syarikat paling teruk terjejas adalah Nvidia yang menyaksikan sahamnya merudum sebanyak 17%. Ini menyebabkan Nvidia kehilangan nilai pasaran hampir USD 600 bilion, dikatakan kerugian paling besar dalam satu hari dalam sejarah AS.

Nvidia telah mengeluarkan kenyataan menekankan bahawa kemajuan yang dicapai DeepSeek ini menunjukkan betapa bergunanya cip mereka untuk pasaran China, dan lebih banyak cip mereka akan diperlukan untuk memenuhi permintaan perkhidmatan DeepSeek. Tambah Nvidia, kerja DeepSeek ini juga menggambarkan bagaimana model baru boleh dicipta dengan menggunakan teknik tertentu, dengan memanfaatkan model sedia ada dan sumber pengkomputeran yang mematuhi sepenuhnya peraturan kawalan eksport.

Sementara itu, Presiden AS, Donald Trump menyatakan bahawa kemunculan dan kejayaan DeepSeek adalah “wake-up call” untuk syarikat teknologi AS dan mereka perlu memberi tumpuan sepenuhnya untuk bersaing dengan lebih efektif. Trump berkata bahawa model kos rendah adalah perkembangan positif dalam bidang AI.

DeepSeek simpan maklumat secara selamat dalam pelayar di China

Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan mengenai bagaimana DeepSeek kutip dan menyimpan maklumat. Menurut dasar privasi DeepSeek, ia menyatakan bahawa maklumat yang mereka kutip akan disimpan dalam pelayar yang selamat di China. Ia juga menyatakan sebarang pemindahan maklumat peribadi ke luar negara dari tempat anda tinggal akan dilakukan mengikut keperluan undang-undang perlindungan data.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: aiChatgptChinadeepseekDeepSeek-V3kecerdasan buatan
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
DeepSeek: Model AI China gugat gergasi teknologi dunia, saham Nvidia jatuh hampir USD 600 bilion

DeepSeek: Model AI China gugat gergasi teknologi dunia, saham Nvidia jatuh hampir USD 600 bilion

28 January 2025
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN