• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ikea Malaysia buka stor online Sabah & Sarawak, harga sama macam Semenanjung

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:12 pm
  • 04/02/2025
  • Komen
Ikea Malaysia buka stor online Sabah & Sarawak, harga sama macam Semenanjung
Share on FacebookShare on Twitter

Ikea Malaysia kini telah melancarkan stor dalam talian khusus untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak. Syarikat perabot terkenal dari Sweden ini menjanjikan harga yang ditawarkan untuk pelanggan Sabah dan Sarawak atau Malaysia Timur adalah sama seperti di Semenanjung Malaysia.

Walau bagaimanapun, bukan semua produk tersedia di stor Ikea dalam talian bagi Sabah dan Sarawak, sebaliknya hanya produk tertentu sahaja. Namun, di dalam laman FAQ, Ikea memaklumkan yang platform baharu itu menampilkan lebih daripada 2,000 produk Ikea, yang mana bukanlah sedikit.



Cara akses stor Ikea dalam talian Sabah dan Sarawak

Pelanggan Sabah dan Sarawak boleh mengakses stor dalam talian baharu ini dalam dua cara. Yang pertama adalah melalui pautan URL ini, atau yang kedua dengan memilih lokasi stor di bahagian atas kanan laman web Ikea Malaysia dan pilih pilihan “East Malaysia Online Store”.

Terdapat pusat pengedaran Ikea baharu di Kuching

Pada ketika ini, Ikea masih lagi belum membuka stor fizikal mereka di Sabah atau Sarawak. Jadi, bagaimana Ikea memenuhi permintaan pelanggan di Malaysia Timur menerusi stor baharu?



Pengembangan platform e-dangang Ikea Malaysia ke Malaysia Timur dimungkinkan oleh pusat pengedaran atau “Distribution Centre” baharu di Kuching. Pembungkusan, pemasangan, dan penghantaran pesanan yang dibuat melalui kedai dalam talian Ikea Malaysia Timur akan dilakukan di gudang ini, yang sepatutnya dapat mengurangkan masa penghantaran untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak.

Sumber: Google Maps

Buat masa sekarang, pelanggan di Malaysia Timur juga mempunyai pilihan untuk mengutip barang yang dipesan di Ikea Collection Point di Kuching berlokasi di Hexagon High Transport di Jalan Demak Laut. Namun, perlu diingatkan terdapat bayaran RM10 dikenakan untuk pilihan ini.

Ikea Malaysia juga menawarkan khidmat penghantaran dan pemasangan di kawasan tertentu di Sabah dan Sarawak. Untuk penghantaran parcel, harganya bermula RM10, manakala barangan yang memerlukan penghantaran lori akan berharga RM49.

Jika anda mahu pekerja Ikea memasangkan barangan anda, harga yang dikenakan adalah 10% daripada harga produk.

Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Ikea Malaysia buka stor online Sabah & Sarawak, harga sama macam Semenanjung

Ikea Malaysia buka stor online Sabah & Sarawak, harga sama macam Semenanjung

4 February 2025
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN