• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple lancar aplikasi Invites, benarkan pengguna cipta dan kongsi jemputan bagi sesuatu acara

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:34 pm
  • 06/02/2025
  • Komen
Apple lancar aplikasi Invites, benarkan pengguna cipta dan kongsi jemputan bagi sesuatu acara
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah memperkenalkan sebuah aplikasi baharu, iaitu Apple Invites. Ia membolehkan pengguna iPhone untuk membuat jemputan yang disesuaikan untuk sesuatu acara dan mengajak rakan-rakan atau keluarga untuk menghadirinya.

Kongsi gambar dan lagu dengan rakan anda melalui Shared Album dan Apple Music

Selain membolehkan pengguna untuk mencipta dan berkongsi jemputan bagi sesuatu acara, Apple Invites juga mempunyai pelbagai ciri menarik lain. Antaranya, mereka yang hadir mampu berkongsi gambar dan video ke adalam Shared Album khusus bagi setiap jemputan, sekali gus memudahkan pengumpulan gambar bagi sesuatu acara.



Mereka yang melanggan Apple Music juga boleh menghasilkan senarai main lagu bersama, di mana tetamu dapat mengaksesnya terus dari Apple Invites.

Apple Invites lengkap dengan ciri Apple Intelligence, peta dan cuaca

Dalam masa sama, aplikasi baru Apple ini turut dilengkapkan dengan sokongan peta dan cuaca untuk memudahkan tetamu mendapatkan arah panduan bagi lokasi acara dan ramalan cuaca pada tarikh dan masa acara. Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh memperibadikan sesuatu jemputan dengan mengubah imej latar acara menggunakan gambar yang terdapat dalam telefon.



Jika tiada gambar yang bersesuaian, pengguna boleh menggunakan ciri Image Playground yang dikuasakan Apple Intelligence untuk menjana gambar tersuai berdasarkan deskripsi atau imej seseorang. Bercakap mengenai Apple Intelligence, terdapat juga fungsi Writing Tools untuk bantu pengguna menulis dengan lebih baik pada mesej jemputan acara.

Apple Invites boleh digunakan percuma termasuk untuk bukan pengguna iPhone

Kalau anda pengguna iPhone yang menjalankan iOS 18 dan ke atas, anda boleh memuat turun aplikasi Apple Invites di Apps Store atau aksesnya secara dalam talian secara percuma. Tetamu yang dijemput juga boleh RSVP untuk hadir acara melalui aplikasi atau laman web tanpa memerlukan langganan iCloud+, akaun Apple atau peranti Apple.

Walau bagaimanapun, untuk menghasilkan jemputan, anda perlu melanggan salah satu daripada pelan iCloud+, yang harganya bermula RM3.90/bulan untuk storan asas 50GB. Dengannya, anda boleh mengehoskan acara serta ada kawalan penuh terhadap acara yang dihasilkan, termasuk kemampuan untuk melihat dan menguruskan acara, berkongsi pautan bagi jemputan, lihat senarai tetamu dan pilih maklumat yang ingin dipaparkan pada jemputan.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman sokongan Apple Invites.

Tags: app storeappleApple IntelligenceApple Invitesapple malaysiaapple musicicloud
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple lancar aplikasi Invites, benarkan pengguna cipta dan kongsi jemputan bagi sesuatu acara

Apple lancar aplikasi Invites, benarkan pengguna cipta dan kongsi jemputan bagi sesuatu acara

6 February 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER