• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Mate XT, telefon boleh lipat tiga akan dilancar secara global di Malaysia 18 Februari

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:38 pm
  • 07/02/2025
  • Komen
Huawei Mate XT, telefon boleh lipat tiga akan dilancar secara global di Malaysia 18 Februari
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Mate XT, telefon dengan skrin boleh lipat tiga akan membuat kemunculannya di Malaysia tidak lama lagi. Ia sudah pun diperkenal di China pada September 2024 dan kini akan dilancarkan lebih meluas di peringkat antarabangsa. Majlis pelancaran globalnya akan dilakukan di Kuala Lumpur pada 18 Februari 2025.

Mate XT Ultimate Design pertama kali didedahkan di Shenzen, China dan ia boleh berubah daripada bentuk telefon biasa kepada telefon berpaparan sebesar 10.2-inci. Berbeza dengan telefon lipat jenis buku lain yang ada skrin luaran berasingan, Mate XT mempunyai satu skrin besar yang boleh dilipat ke dalam dan lipat ke luar, dilindungi oleh kaca ultra nipis.



Spesifikasi Huawei Mate XT

Berkenaan spesifikasi, Mate XT didatangkan dengan skrin LTPO 10.2″ dengan resolusi 3K dan sokong kadar 90Hz. Apabila dilipat sepenuhnya, skrinnya sebesar 6.4″ dengan resolusi 2232×1008, manakala 7.9″ dengan resolusi 2232×2048 apabila dalam mod dua skrin.

Cip yang digunakan padanya tidak didedahkan Huawei, tetapi berkemungkinan Mate XT dikuasakan cip Kirin 9010 yang sama terdapat di barisan telefon flagship Pura 70. Di China, Mate XT didatangkan dengan RAM 16G dan tiga pilihan storan sama ada 256GB, 512GB, dan 1TB.



Rekaan Mate XT juga dilihat sangat nipis. Kalau lipatan dibuka sepenuhnya, ia hanya berukuran 3.6mm. Namun, walaupun nipis, ia menampilkan sistem kamera yang sama dengan siri Pura 70, iaitu kamera utama 50MP dengan apertur yang boleh dilaras di antara f/1.4-f/4.0, kamera telefoto periskop 12MP berkemampuan zum optikal 5.5x dan kamera ultralebar 12MP yang turut berfungsi sebagai kamera makro.

Di hadapan, terdapat kamera selfie 8MP yang diletakkan di atas skrin pertamanya. Kapasiti bateri yang dilengkapkan adalah sebesar 5,600mAh dan ia dikatakan bateri ternipis dalam industri, berukuran hanya 1.9mm. Bateri boleh dicas semula pada kuasa 66W melalui USB-C atau pengecasan wayarles 50W.

Can your phone do this? This is the most epic foldable smartphone and it’s only 3.6mm thin! Meet the Huawei Mate XT Ultimate Design pic.twitter.com/ZWncXMUwUt

— SoyaCincau (@Soya_Cincau) February 4, 2025

Jangkaan harga Huawei Mate XT di Malaysia lebih RM10,000

Setakat ini, masih tiada maklumat harganya di Malaysia lagi tetapi dijangka harga Mate XT akan melebihi RM10,000. Di China, varian asas 16GB + 256GB dijual pada harga CNY19,999 (~RM12,195) dan versi storan 1TB dijual pada harga CNY23,999 (~RM14,635).

Sebagai perbandingan, telefon lipat Huawei sedia ada sekarang di Malaysia, Mate X6 dijual pada harga RM8,688 untuk varian dengan RAM 12GB dan storan 512GB,

Tags: HuaweiHuawei Malaysiahuawei mateHuawei Mate XTtelefon lipat
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Huawei Mate XT, telefon boleh lipat tiga akan dilancar secara global di Malaysia 18 Februari

Huawei Mate XT, telefon boleh lipat tiga akan dilancar secara global di Malaysia 18 Februari

7 February 2025
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN