• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama

Proton mula bangunkan kilang pemasangan EV di Tanjung Malim, e.MAS 7 CKD akan diperkenal

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:37 pm
  • 07/02/2025
  • Komen
Proton mula bangunkan kilang pemasangan EV di Tanjung Malim, e.MAS 7 CKD akan diperkenal
Share on FacebookShare on Twitter

Proton telah memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) yang dikatakan sebagai fasiliti pertama seumpamanya di Malaysia, bertempat di Tanjung Malim. Pembinaannya melibatkan pelaburan sebanyak RM82 juta dan fasa pertama fasiliti pemasangan EV ini disasarkan siap pada akhir 2025.

Menurut Proton, apabila beroperasi kelak, fasa pertama fasiliti ini mempunyai kapasiti untuk menghasilkan sehingga 20,000 unit kenderaan setahun. Proton juga mengesahkan bahawa SUV elektrik Proton e.MAS 7 akan menjadi model pertama yang akan dihasilkan di kilang ini.



Selain e.Mas 7, fasliti baru ini juga akan digunakan untuk menghasilkan kenderaan NEV (New Energy Vehicles) lain yang berasaskan platform Struktur Modular Global (GMA). Proton menjangkakan kilang ini akan mewujudkan lebih 200 pekerjaan baru dalam perindustrian EV bagi komuniti tempatan.

Ini belum lagi mengambil kira kesan sampingan kepada rantaian bekalan, terutamanya bagi vendor AHTV (Automotive High Tech Valley) yang akan meningkatkan operasi untuk membekalkan bahagian-bahagian bagi pemasangan.



Dalam masa sama, sebagai persediaan untuk memenuhi permintaan EV yang semakin meningkat, Proton juga sudah mempunyai rancangan bagi fasa kedua kilang pemasangan EV ini, dengan ia akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 45,000 unit setahun.

Tags: EVkenderaan elektrikprotonproton e.mas 7proton emas 7proton ev
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Proton mula bangunkan kilang pemasangan EV di Tanjung Malim, e.MAS 7 CKD akan diperkenal

Proton mula bangunkan kilang pemasangan EV di Tanjung Malim, e.MAS 7 CKD akan diperkenal

7 February 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN