• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Rekaan iPhone SE 4 tertiris dalam talian, akan dilancarkan minggu ini?

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:46 pm
  • 10/02/2025
  • Komen
Rekaan iPhone SE 4 tertiris dalam talian, akan dilancarkan minggu ini?
Share on FacebookShare on Twitter

Khabar angin tentang pengganti kepada iPhone SE 2022 telah wujud sejak sekian lama. Kini, terdapat petunjuk bahawa Apple akan melancarkan generasi ke-4 iPhone SE untuk tahun 2025 dalam masa terdekat, selepas kewujudannya ditiriskan oleh syarikat penghasil pelindung telefon terkemuka, iaitu Spigen.

Beberapa hari lepas, Spigen secara tidak sengaja telah mengutuskan produk bagi sarung iPhone SE generasi ke-4 di laman webnya. Walaupun Spigen cepat bertindak untuk menurunkan penyenaraian tersebut, terdapat pengguna yang sempat menyimpan imej pelindung iPhone SE 4 itu dan berkongsikannya dalam talian.



Jika gambar yang dikongsi adalah benar, iPhone SE 4 boleh dilihat seakan iPhone 14 tetapi dengan satu kamera belakang kerana menggunakan skrin penuh dengan takuk di atas skrin. Berbanding iPhone SE generasi ke-3, iPhone SE 4 menerima paparan lebih besar, iaitu OLED Super Retina 6.1″ serta memiliki Face ID berbanding Touch ID.

Melihat pada tradisi Apple sebelum ini, iPhone SE terbaharu ini mungkin akan dikuasakan cip Apple A18 yang turut terdapat pada iphone 16 dan iPhone 16 Plus. Erti kata lain, anda mendapat cip Apple baharu pada badan iPhone lama.



Seperti barisan iPhone terkini, nampakua iPhone SE 4 ini juga akan dilengkapi dengna butang ‘action’ berbanding butang ‘alert slider’. Selain itu, kita boleh jangkakan yang iPhone SE 4 ini turut akan menggunakan port USB-C untuk mematuhi peraturan EU, sesuatu yang diamalkan sejak siri iPhone 15.

Lain-lain khabar angin berkenaan spesifikasi yang dimiliki iPhone SE 4 termasuk kamera utama 48MP dan kamera hadapan 12MP. Ia juga dijangka yang iPhone SE 4 akan didatangkan dengan storan sekurang-kurangnya 128GB.

Melihat pada perkembangan terkini, kelihatan seperti iPhone SE 4 akan diperkenal dalam masa terdekat dan terdapat kemungkinan bahawa iPhone bajet mampu milik baharu ini akan dilancarkan secara senyap di stor dalam talian Apple dalam beberapa hari lagi. Sebagai perbandingan, iPhone SE 3 dilancarkan pada Mac 18 tahun 2022.

Buat masa sekarang, iPhone SE 3 masih lagi dijual di Malaysia pada harga RM2,199 untuk storan 64GB, manakala RM2,499 untuk storan 128GB. Storan 256GB pula boleh dibeli pada harga RM2,949 melalui stor dalam talian Apple.

Tags: appleapple malaysiaiPhone SEiPhone SE 2025Spigen
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Rekaan iPhone SE 4 tertiris dalam talian, akan dilancarkan minggu ini?

Rekaan iPhone SE 4 tertiris dalam talian, akan dilancarkan minggu ini?

10 February 2025
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER