Artikel ini dibawakan oleh Toyota.
Memiliki kereta pertama adalah satu langkah penting untuk pemandu baru. Dengan pelbagai pilihan kereta di pasaran, mencari kereta yang tepat mungkin menjadi satu cabaran. Apatah lagi terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan seperti kos, keselamatan dan keselesaan pada sesebuah kereta tersebut.
Namun, jika anda tertanya kereta apa yang dapat memenuhi segala kriteria yang disebutkan, ia adalah Toyota Yaris! Kenapa Toyota Yaris? Dalam artikel ini, kami akan terangkan kenapa ia merupakan kereta pertama paling sempurna untuk pemandu baru.
Kos penyelenggaraan rendah dan jimat minyak

Antara faktor utama yang menjadikan Toyota Yaris sebagai pilihan terbaik untuk pemandu baru adalah kerana kos penyelenggaraannya yang mampu milik. Malahan, dengan Toyota Service Savers, pengguna boleh nikmati penjimatan sehingga RM513. Bukan sahaja mudah dijaga, tetapi Yaris juga mempunyai reputasi yang tinggi daripada segi kualiti dan ketahanan, bermakna kurangnya keperluan pembaikan yang tidak dijangka.

Selain itu, penjimatan bahan api adalah satu kelebihan utama Yaris. Ia menawarkan kecekapan bahan api yang luar biasa, membuatkannya lebih jimat pada sudut penggunaan petrol. Jadi, anda tidak perlu risau tentang kos bahan api yang tinggi setiap bulan, menjadikannya pilihan bijak untuk perjalanan harian.


Tambahan pula, kelebihan penjimatan bahan bakar pada Yaris juga akan memberikan kestabilan kewangan lebih baik pada pengguna. Ini sekali gus menjadikan Yaris pilihan terbaik terutamanya bagi golongan baru mula bekerja atau belajar, serta memberikan ketenangan fikiran kerana tidak perlu terbeban dengan kos pemilikan kereta yang tinggi.
Dilengkapi ciri keselamatan terbaik

Keselamatan adalah faktor utama yang perlu dipertimbangkan semasa memilih kereta pertama. Dan Yaris sememangnya memiliki pelbagai ciri keselamatan untuk melindungi pemandu dan penumpang dalam kereta.


Ini kerana, Yaris didatangkan secara standard dengan Toyota Safety Sense, pakej ciri keselamatan yang merangkumi fungsi seperti Sistem Pra-Pelanggaran (PCS), Amaran Berlepas Lorong dan Kawalan Pelayaran Radar Dinamik (DRCC) dan Pemantauan Titik Buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).
Bahkan, dengan Vehicle Telematics System (VTS) yang Yaris ada, pengguna juga boleh mengesan lokasi kereta secara nyata melalui GPS dengan hanya menggunakan aplikasi.

Bukan setakat itu, Yaris turut dapat berikan perlindungan menyeluruh kerana dimuatkan dengan sebanyak 7 beg udara dan menerima penarafan 5 bintang ASEAN NCAP. Ini tentunya dapat mengurangkan risiko kecederaan pada penumpang dan pemandu sekiranya berlakunya sebarang kemalangan yang tidak dijangka.


Ciri mesra pengguna bagi pemandu baru

Yaris juga adalah pilihan yang sangat baik untuk pemandu baru kerana ciri-ciri mesra pengguna yang dimilikinya. Salah satu aspek yang dimaksudkan adalah saiznya yang kompak dan rekaan praktikal menjadikannya sangat mudah dikendalikan. Untuk pemandu baru, perkara ini sangat penting kerana ia akan menyediakan pengalaman memandu lebih mudah di jalan raya yang sibuk dan semasa memarkir kereta di tempat sempit.
Lebih-lebih lagi Yaris juga dilengkapi dengan ciri Panaromic View Monitor (PVM) 360 darjah yang dapat menawarkan pemandangan di sekeliling kereta, sekali gus memberikan keyakinan terhadap pengguna dalam mengendalikan kereta dalam apa jua keadaan.


Selain daripada saiz kompak, menjadikan Yaris lebih mudah untuk dikendalikan adalah kerana kawalan pemanduan yang responsif yang ia ada. Ia dilengkapi dengan dua mod pandu iaitu Normal dan Sport, yang membolehkan pemandu memilih pengalaman pemanduan yang sesuai dengan keperluan dan keadaan jalan.

Untuk pemanduan lebih selesa, posisi stereng kereta juga boleh disesuaikan berdasarkan postur badan, yang menterjemah kepada pengalaman pemanduan yang lancar dan bantu pemandu baru untuk menguasai kemahiran memandu dengan cepat. Sterengnya juga dibalut dengan materi kulit lembut memberikan cengkaman selesa, dan ketika memandu, segala info pemanduan yang diperlukan anda boleh anda cerap dengan jelas melalui meter cluster sebesar 4.2”.
Cermin pandang belakang yang digunakan Yaris juga adalah jenis elektrokromik dan ini akan dapat membantu untuk mengurangkan silau serta memberikan pengalaman memandu yang lebih selesa dan selamat, terutamanya pada waktu malam.

Walaupun Yaris adalah kereta kompak, ia tidak kekurangan ciri-ciri teknologi. Ia tampil dengan tag RFID terbina, port pengecas USB-C dan kamera dashcam di hadapan dan belakang yang boleh disambungkan dengan telefon pintar. Selain itu, ia juga hadir dengan sistem infotainment 9” yang ringkas dan mudah digunakan, serta menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, tawarkan integrasi lancar dengan telefon pintar. Jadi, anda boleh dengar lagu di Spotify dan dalam masa sama mendapat akses mudah untuk menavigasi melalui Waze atau Google Maps.

Nilai kereta yang tidak susut
Akhir sekali, Yaris bukan setakat kereta pertama yang bagus, tetapi juga adalah pelaburan jangka panjang yang bagus. Kenapa saya kata begitu? Kereta Toyota kebiasaannya dapat kekalkan nilai jual semula yang tinggi, disebabkan ketahanannya dan kos penyelenggaraan rendah. Ini juga menjadikannya pilihan popular untuk pasaran kereta terpakai.

Justeru, bila tibanya masa untuk naik taraf, Yaris anda masih dijual pada harga yang berpatutan, membuatkannya sebagai keputusan kewangan bijak.
Toyota Yaris pilihan terbaik

Secara keseluruhan, Toyota Yaris adalah pilihan yang paling sempurna untuk pemandu baru yang mencari kereta pertama. Ia memenuhi hampir semua keperluan yang pemandu baru yang inginkan kereta yang efisien dan praktikal. Tambah pula dengan nilai jual semula yang baik, Yaris pastinya menawarkan jaminan pulangan baik pada masa depan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Toyota Yaris.