• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple akan umum produk baru pada 19 Februari, kemungkinan besar iPhone SE 4

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:29 pm
  • 14/02/2025
  • Komen
iPhone SE generasi ketiga lebih berkuasa, ditambah 5G serta dinaikkan harga
Share on FacebookShare on Twitter

Ura-ura mengenai pelancaran iPhone SE 4 kini hangat diperkatakan selepas terdapat beberapa petunjuk yang ia akan dilancarkan tidak lama lagi. Walaupun tiada pengumuman rasmi yang dikeluarkan Apple, tetapi kini CEO Apple, Tim Cook, kini mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan produk baharu pada 19 Februari 2025.

Perkara itu diumumkan Tim Cook melalui laman akaun X (atau dulu dikenali sebagai Twitter) miliknya, dengan menyatakan “Bersiap sedia untuk bertemu ahli terbaru dalam keluarga”. Oleh itu, kita boleh jangkakan acara ini akan menyaksikan pengenalan iPhone SE 4 yang dikatakan akan dilancar dalam masa terdekat.



Get ready to meet the newest member of the family.

Wednesday, February 19. #AppleLaunch pic.twitter.com/0ML0NfMedu

— Tim Cook (@tim_cook) February 13, 2025

Tidaklah pasti sama ada Apple akan melancarkan lebih daripada satu produk pada minggu hadapan. Namun, menurut penganalisis Apple terkenal, Mark Gurman, selain menyatakan bahawa iPhone SE akan diumumkan pada minggu hadapan, pengumuman mengenai Apple Vision Pro juga dijangka akan dibuat, manakala butiran Macbook Air M4 dijangka tiba dalam beberapa minggu lagi.

Rekaan iPhone SE tertiris sebelum ini

Berbalik kepada iPhone SE 4, baru-baru ini, Spigen telah secara tidak sengaja mengutuskan produk sarung iPhone SE generasi ke-4 bersama-sama reka bentuk telefon tersebut di laman webnya. Tetapi, seperti yang dijangka, penyenaraian tersebut telah diturunkan serta-merta.



Jika betul imej yang diutuskan adalah iPhone SE 4, kelihatan ia adalah iPhone 14 yang telah diperbaharui dengan satu kamera belakang berbanding dua. Ini bukanlah perkara mengejutkan kerana tiga generasi iPhone SE sebelum ini juga dibina berasaskan iPhone flagship Apple terdahulu dengan beberapa perubahan, terutamanya pada cip yang digunakan.

Selain itu, terdapat juga laporan mencadangkan iPhone SE generasi baharu ini tidak akan menggunakan nama iPhone SE 4, tetapi menggunakan iPhone 16E. Tetapi untuk itu, kita perlulah tunggu pelancaran rasminya nanti.

iPhone SE generasi baharu ini dijangka akan dilengkapi dengan paparan OLED 6.1-inci dengan Face ID terletak di takuk atas, sama seperti iPhone 14. Tiada lagi penggunaan Touch ID. Seperti iPhone SE sebelum ini, generasi keempatnya diramal akan dikuasakan cip Apple terkini, iaitu A18 yang turut diguna pakai di iPhone 16 dan iPhone 16 Plus.

Lagi khabar angin lain tentang spesifikasi adalah, ia akan menggunakan port USB-C, kamera utama 48MP, kamera selfie 12MP dan didatangkan dengan butang ‘action’ berbanding butang ‘alert slider’.

iPhone SE 3 masih dijual di Malaysia

Sekiranya anda mencari iPhone bajet dan tidak mahu menunggu pelancaran iPhone SE 4, Apple masih lagi menjual iPhone SE 3 (2022) di Malaysia. Ia boleh didapatkan di stor online Apple Malaysia pada harga RM2,199 untuk storan 64GB, RM2,449 untuk storan 128GB dan RM2,949 untuk storan 256GB.

Tags: appleapple iphoneApple iPhone SE 4iPhone SE 4
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

iPhone SE generasi ketiga lebih berkuasa, ditambah 5G serta dinaikkan harga

Apple akan umum produk baru pada 19 Februari, kemungkinan besar iPhone SE 4

14 February 2025
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN