• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MatePad Pro 13.2″ dilancar pada RM4,999, ada kamera 50MP & pengecasan 100W

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:50 pm
  • 18/02/2025
  • Komen
Huawei MatePad Pro 13.2″ dilancar pada RM4,999, ada kamera 50MP & pengecasan 100W
Share on FacebookShare on Twitter

Bersama-sama dengan Huawei Mate XT Ultimate Design, Huawei turut memperkenalkan tablet terbaharu mereka, MatePad Pro 13.2″ untuk tahun 2025. Ia adalah kemas kini daripada model MatePad 13.2″ tahun lalu dengan diberikan beberapa peningkatan termasuk sistem kamera lebih baik, kapasiti bateri sedikit lebih besar dan pengecasan lagi pantas.

Harga dan ketersediaan MatePad Pro 13.2″ di Malaysia

Tablet MatePad Pro 13.2″ terbaharu ini dilancarkan di Malaysia pada harga RM4,999 untuk satu-satu varian yang ditawarkan dengan RAM 12GB dan storan 512GB, iaitu harga yang sama seperti generasi sebelumnya.



Tempahan awal untuk milikinya telah pun dibuka bermula hari ini sehingga 14 Mac 2025, dengan Huawei menawarkan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,744 seperti papan kekunci magnetik, M-Pencil generasi ke-3, tetikus, speaker Huawei SoundJoy, beg galas dan WPS PC kepada pembeli.

Mereka yang menempah melalui stor rasmi Huawei di Lazada dan Shopee juga akan nikmati diskaun RM200, manakala mereka yang mendapatkannya di kedai fizikal Huawei Experience Store akan menerima mesin pencetak bernilai RM249 secara percuma.



Spesifikasi Huawei MatePad Pro 13.2″

MatePad Pro 13.2″, macam namanya adalah sebuah tablet sebesar 13.2-ini. Bahagian hadapannya didatangkan dengan paparan PaperMatte jenis Flexible OLED beresolusi 2.8K (2880×1920) yang menyokong kadar penyegaran 144Hz dan kecerahan puncak 1,000 nits.

Walaupun badannya kekal sama seperti sebelum ini pada 5.5mm dan berat 580 gram, MatePad Pro 13.2″ terbaharu ini tampil dengan rekaan panel belakang baharu yang lebih elegan berwarna emas, katanya diinspirasi daripada keindahan kain sutera China.

Atas papan utama, Huawei tidak mendedahkan secara umum cip yang digunakan di dalam tablet, tetapi berdasarkan laman spesifikasi, ia diperkasa cip Kirin T92. Cip ini dipadankan dengan RAM 12GB dan storan 512GB, dan Huawei mengatakan tablet ini menggunakan sistem pelesapan haba 3D canggih yang menawarkan prestasi 30% lebih baik daripada sebelumnya.

Selain itu, tablet ini juga dilengkapi dengan sistem kamera lebih baik, terutamanya pada kamera utamanya. Ia kini ada kamera utama 50MP berbanding 13MP, di samping kamera ultralebar 8MP dan kamera hadapan 16MP yang sama seperti generasi sebelumnya.

Kapasiti bateri juga kini 100mAh lebih besar, iaitu 10,100mAh dan menyokong pengecasan lebih pantas 100W melalui USB-C. Huawei dakwa tablet boleh dicas ke 80% dalam masa 40 minit dan ke 100% dalam 65 minit menggunakan mod SuperCharge Turbo.

Untuk produktiviti, tablet ini turut boleh digandingkan dengan papan kekunci magnetik bersama trackpad dan juga M-Pencil gen-3 yang menawarkan tahap tekanan sehingga 16,384. Pengguna juga boleh manfaatkan perisian seperti WPS Office Suite bagi dan juga aplikasi GoPaint bagi keperluan melukis.

Sistem bunyi tablet ini dikeluarkan oleh enam speaker dan ia turut memiliki pengimbas cap jari di sisi. Ciri ketersambungan yang disokongnya termasuk WiFi 6 dan Bluetooth 5.2.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Huawei MatePad 13.2″.

Tags: Huaweihuawei matepadHuawei MatePad 13.2Huawei MatePad 13.2 2025tablet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Huawei MatePad Pro 13.2″ dilancar pada RM4,999, ada kamera 50MP & pengecasan 100W

Huawei MatePad Pro 13.2″ dilancar pada RM4,999, ada kamera 50MP & pengecasan 100W

18 February 2025
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN