• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Proton

Pro-Net hoskan sesi pertemuan pertama dengan pemilik Proton e.MAS 7

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:29 pm
  • 19/02/2025
  • Komen
Pro-Net hoskan sesi pertemuan pertama dengan pemilik Proton e.MAS 7
Share on FacebookShare on Twitter

Pro-Net, syarikat subsdiari Proton telah menganjurkan acara Proton e.MAS Pioneer Teh Tarik Sesh buat pertama kali pada Sabtu lepas. Ini adalah pertemuan pertama jenama EV Proton yang turut dihadiri pakar Proton e.MAS 7 bagi mengumpul maklum balas dan berkongsikan kemas kini terbaharu untuk EV pertama mereka.

Sesi ini juga bermatlamat untuk membina komuniti Proton e.MAS yang lebih interaktif kerana pemilik boleh berkongsikan tip dan cabaran mengenai penggunaan EV mereka setakat ini.



Pro-Net akan tangani isu dengan kemas kini OTA akan datang

Sewaktu dua sesi tersebut, pasukan Pro-Net telah menerima dan mengakui maklum balas daripada pelanggan mereka melalui perbincangan kumpulan dan forum yang diadakan. Pro-Net berkomitmen untuk tangani isu-isu yang dilontarkan dalam kemas kini OTA (over-the-air) akan datang.

Antara penambahbaikan yang akan dilakukan termasuk keupayaan untuk memulihkan isu tetapan reset selepas kenderaan dihidupkan semula dan memperbaiki bunyi “lori ais krim” pada e.MAS 7 ketika memandu dalam kelajuan rendah.



Menurut pasukan produk Pro-Net, mereka akan menawarkan beberapa pilihan bunyi amaran untuk pejalan kaki, termasuk pilihan untuk mematikan atau menghidupkan bunyi tersebut. Selain itu, beberapa masalah teknikal seperti sambungan 4G yang terputus turut diselesaikan.

Pro-Net juga memberi jaminan bahawa sokongan Apple Car Play dan Android Auto akan tiba ke e.MAS 7 tidak lama lagi, bersama-sama dengan aplikasi yang lebih banyak pada sistem infotainment.

Bagi memastikan e.MAS 7 sentiasa dikemas kini pada versi terkini, pasukan produk Pro-Net juga berkongsikan tip untuk menyediakan pengalaman kemas kini OTA yang lancar pada pengguna. Mereka mengatakan pengguna e.MAS 7 boleh memuat turun kemas kini perisian terbaharu sambil memandu EV mereka dan menetapkan pemasangannya pada waktu malam untuk pengalaman memandu bebas gangguan.

Pro-Net komited untuk berikan pengalaman penggunaan dan pengecasan EV yang lancar

Untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna, Pro-Net juga menekankan bahawa pemilik e.MAS 7 terima waranti kenderaan tanpa had perbatuan selama 6 tahun dan waranti bateri selama 8 tahun/160,000km.

Sebagai sebuah EV, Proton e.MAS 7 memerlukan penyelenggaraan yang jauh lebih rendah berbanding kenderaan dengan enjin petrol. Selepas servis 3 bulan/5,000km pertama, Proton e.MAS 7 hanya perlu diselenggara sekali setahun/20,000km, mana-mana yang datang lebih terlebih dahulu.

Berdasarkan harga penyelenggaran yang diberikan Pro-Net setakat Disember 2024, jumlah anggaran kos servis berjadual termasuk kos buruh untuk 10 tahun pertama adalah RM3,711.80. Satu-satunya bahagian yang perlu diganti secara berjadual termasuk penapis kabin, gear pengurangan, cecair brek dan penyejuk motor.

Untuk atasi kebimbangan jarak pemanduan dan masalah pengecasan, Pro-Net telah mengintegrasikan rangkaian pengecasan yang tersedia melalui aplikasi Proton e.MAS. Ini menghapuskan keperluan untuk memuat turun aplikasi pengecasan EV lain dan pengguna boleh mencari, mengaktifkan dan membayar pengecasan EV dengan satu aplikasi sahaja.

Peta pada skrin infotainment juga membolehkan pemandu untuk tahu anggaran jarak untuk mencari pengecas yang sesuai sepanjang laluan. Setakat ini, Pro-Net mempunyai 6 pengendali tapak pengecasan (CPO yang yang meliputi 1,942 titik pengecas di seluruh negara. Pengguna akan boleh akses lebih banyak pengecas kerana Pro-Net sedang berusaha mengintegrasikan lebih banyak CPO.

Pasukan SoyaCincau.com juga hadir pada sesi pertemuan ini untuk berkongsikan pengetahuan mereka tentang pengalaman memandu e.MAS 7 secara jarak jauh sewaktu hujung minggu dan cuti umum. Selain e.MAS 7 adalah sebuah SUV elektrik yang selesa dan berbaloi, ia juga EV yang mudah untuk dipandu dan juga efisien.

Pro-Net berharap untuk menganjurkan lebih banyak sesi seperti ini supaya dapat memastikan penambahbaikan berterusan dalam pengalaman penggunaan e.MAS.

e.MAS 7 adalah EV paling popular di Malaysia pada ketika ini, dengan sebanyak 421 unit didaftarkan pada Januari 2025. Pro-Net telah menerima lebih 4,000 tempahan melalui pengedar Proton e.MAS di seluruh negara dan berhasrat untuk menjadi pemain utama dalam segmen EV.

Bagi mereka yang terlepas, rebat RM4,000 untuk Proton e.MAS 7 telah dilanjutkan kepada 6,000 pelanggan lagi. Varian e.MAS 7 Prime ditawarkan pada harga RM105,800, manakala varian Premium dengan bateri yang lebih besar ditawarkan pada harga RM119,800.

Tags: eMAS Pioneer Teh Tarik SeshEVkenderaan elektrikPro-NetprotonProton e.MASproton e.mas 7
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Pro-Net hoskan sesi pertemuan pertama dengan pemilik Proton e.MAS 7

Pro-Net hoskan sesi pertemuan pertama dengan pemilik Proton e.MAS 7

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER