Artikel ini dibawakan oleh AEON Bank
AEON Bank telah melancarkan Neko Missions, sebuah program kesetiaan digital yang menggabungkan konsep gamifikasi untuk memberikan pengalaman perbankan yang lebih menarik dan interaktif kepada para pelanggan.
Dengan kerjasama strategik bersama rakan niaga seperti ZUS Coffee dan Tealive, AEON Bank membawa konsep baharu dalam transaksi tanpa tunai. Program ini bukan sahaja memudahkan urusan harian pengguna, malah menawarkan ganjaran menarik melalui pengumpulan setem maya Neko Paws.
Pengalaman terbeza untuk pembayaran digital
Dengan Neko Missions, AEON Bank kini menawarkan lebih daripada sekadar platform transaksi kewangan. Program kesetiaan ini membolehkan anda untuk mengumpul Neko Paws, setem digital yang boleh diperoleh setiap kali anda membuat transaksi menggunakan DuitNow QR atau kad Debit-i AEON Bank.
Setiap setem Neko Paw yang dikumpul akan membawa anda lebih dekat kepada ganjaran menarik dalam bentuk Mata AEON yang boleh ditukar dengan wang tunai!
Cara mengumpul Neko Paws:

Ingin tahu cara mengumpul Neko Paws? Neko Mission kini menampilkan dua kolaborasi utama, iaitu ZUS Coffe dan DuitNow QR dan berikut adalah dua cara mudah untuk anda peroleh ganjaran:
DuitNow QR – Dari sekarang hingga 31 Mac 2025, setiap transaksi DuitNow QR bernilai RM20 ke atas akan memberi anda satu Neko Paw (maksimum dua sehari). Kumpulkan 10 Neko Paws untuk mendapatkan 1,000 Mata AEON yang bernilai RM5!
ZUS Coffee – Dari sekarang hingga 31 Mei 2025, apabila membuat pembelian minimum RM7 di ZUS Coffee menggunakan Kad Debit-i AEON Bank, anda akan mendapat satu Neko Paw. Kumpulkan enam Neko Paws dan anda boleh tukarkannya dengan ganjaran menarik melalui aplikasi ZUS Coffee.
Lebih banyak ganjaran menanti!

Ini hanyalah permulaan! AEON Bank merancang untuk terus memperkembangkan Neko Missions dengan menawarkan lebih banyak ganjaran melalui kerjasama dengan rakan runcit lain seperti myAEON2Go, AEON Fantasy, Tealive, Sisters Crispy Popiah dan banyak lagi.
Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan Kad Debit-i AEON Bank mereka untuk pembayaran dalam talian dan di kedai fizikal bagi mengumpul lebih banyak faedah melalui Program Mata ganjaran AEON yang boleh ditebus dalam bentuk tunai.
Bukan itu sahaja, AEON Bank juga menawarkan Program Rujukan “Share-Share Lah“, di mana pelanggan akan menerima 1,800 Mata AEON bernilai RM9 setiap kali mereka berjaya merujuk seorang rakan atau ahli keluarga untuk membuka Akaun Simpanan-i AEON Bank.
Perbankan digital yang lain daripada yang lain
AEON Bank kekal komited dalam menyediakan perkhidmatan perbankan digital yang mudah diakses, selamat, dan patuh Syariah untuk rakyat Malaysia. Dengan Neko Missions dan Program Mate AEON, AEON Bank terus memaksimumkan potensi perbankan digital, agar ia mampu menjadi medium yang membangkitkan keterujaan pengalaman pelanggan, lebih dari sekadar alat pembayaran dan transaksi.
Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank, YM Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, “Diharapkan Neko Missions dapat menceriakan pengalaman membeli-belah harian para pelanggan serta menjadikannya lebih dinamik. Kami akan terus memperkembangkan program kesetiaan ini tersebut dan melalui Neko Missions, AEON Bank akan meneroka kerjasama dan sinergi dengan lebih ramai rakan niaga dalam ekosistem kami, sambil memanfaatkan keunikan USP jenama masing-masing serta memaksimumkan kesemendaan pelanggan”.
Sementara iatu, Pengarah Kanan Komersial PayNet, Azrul Fakhzan B. Mainor, berkongsi, “Kerjasama strategik kami dengan AEON Bank memperkukuh landskap pembayaran digital Malaysia dengan menawarkan pengalaman transaksi yang lancar, selamat, dan bermanfaat”.
“Melalui Neko Missions, kami mengintegrasikan insentif dalam transaksi harian, menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk beralih kepada pembayaran tanpa tunai sambil menikmati ganjaran yang bermakna. Ini bukan sahaja mempertingkatkan keterlibatan pelanggan, tetapi juga mempercepat peralihan ke arah ekonomi yang lebih berhubung, inklusif, dan berdaya digital”, tambah beliau.
Sertai Neko Missions sekarang dan buru ganjaran hebat!

Nak mula kumpul Neko Paws? Mudah sahaja. Cepat muat turun aplikasi AEON Bank dan klik pada ikon ‘Rewards’ di aplikasi mudah alih tersebut. Segera manfaatkan ganjaran hebat yang ditawarkan AEON Bank.
Untuk maklumat lanjut, layari AEON Bank Neko Missions.