• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Samsung Galaxy A terbaru akan dilancarkan pada 18 Mac, ini cara dapatkan diskaun RM100

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:19 pm
  • 27/02/2025
  • Komen
Siri Samsung Galaxy A terbaru akan dilancarkan pada 18 Mac, ini cara dapatkan diskaun RM100
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia telah mengutuskan teaser mengenai barisan telefon pintar Galaxy A terbaru untuk tahun 2025 yang mereka akan lancarkan pada bulan Mac. Menjelang pelancarannya, kini Samsung Malaysia kini menawarkan diskaun RM100 kepada pembeli awal siri Galaxy A yang seterusnya menerusi promosi eBaucar.

Samsung Malaysia menawarkan diskaun RM100 untuk siri Galaxy A

Untuk mendapatkan diskaun RM100 ke atas pembelian siri Galaxy A ini, anda perlu membeli eBaucar yang berharga RM10 di laman web Samsung. Baucar ini tersedia untuk didapatkan sehingga 17 Mac 2025 dan anda akan menerima kod eBaucar melalui e-mel dalam tempoh 24 jam selepas anda membeli eBaucar tersebut.



Selepas anda terima kod eBaucar tersebut, anda boleh tebus diskaun RM100 untuk pembelian siri Galaxy A dengan menggunakan kod eBaucar yang anda terima. Namun, perlu diingatkan bahawa kod eBaucar tersebut sah untuk dipakai di antara 18 Mac sehingga 31 Mac 2025.

Apa yang boleh dijangka untuk siri Samsung Galaxy A tahun 2025?

Gambar bocor siri Samsung Galaxy A, sumber Android Headlines

Melihat pada teaser yang diutuskan Samsung, ia memberi petunjuk bahawa siri Galaxy A baru ini akan memfokuskan pada kepintaran atau “intelligence” dan dilengkapi kamera pintar yang menjadikan tangkapan gambar menakjubkan. Selain itu, ia turut menjanjukan hayat bateri yang lebih panjang dan sokongan pengecasan lagi pantas.



Berdasarkan apa yang diperkatakan dalam talian, Samsung dijangka akan melancarkan sekurang-kurangnya tiga peranti dalam barisan Galaxy A. Ini termasuk Galaxy A26, Galaxy A36 dan Galaxy A56. Model Galaxy A56 dilaporkan akan diperkasa dengan cip Exynos 1580, manakala Galaxy A36 akan dikuasakan Snapdragon 6 Gen 3.

Sementara itu, model Galaxy A26 yang lebih murah pula dikatakan akan menggunakan cip Exynos 1380.

Daripada segi rekaan, nampaknya Samsung masih mengekalkan susunan tiga kamera menegak yang sama seperti generasi sebelumnya. Laporan Android Headline ada berkongsikan imej yang bocor mengenai aksesori siri Galaxy A.

Lebih menarik, Samsung India juga telah mengacah bahawa siri Galaxy A akan memerima kemas kini OS sebanyak 6 kali. Ini dua kali ganda lebih panjang berbanding Samsung Galaxy A35 dan A55 yang diberikan kemas kini OS 4 kali dan 5 tahun keselamatan.

Setakat ini, masih tidak jelas sama ada ketiga-tiga model ini akan dilancarkan di Malaysia dan juga ia akan menerima kemas kini OS yang sama seperti di India. Untuk perincian penuh berserta maklumat harga, nantikan pelancaran siri Galaxy A baru yang akan diadakan pada 18 Mac 2025.

Tags: samsungsamsung galaxySamsung Galaxy ASamsung Galaxy A26Samsung Galaxy A36Samsung Galaxy A56samsung malaysa
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Siri Samsung Galaxy A terbaru akan dilancarkan pada 18 Mac, ini cara dapatkan diskaun RM100

Siri Samsung Galaxy A terbaru akan dilancarkan pada 18 Mac, ini cara dapatkan diskaun RM100

27 February 2025
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN