• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple lancar iPad gen-11 dengan cip A16 dan storan lebih besar, bermula RM1,599

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:48 pm
  • 05/03/2025
  • Komen
Apple lancar iPad gen-11 dengan cip A16 dan storan lebih besar, bermula RM1,599
Share on FacebookShare on Twitter

Bersama-sama dengan iPad Air M3, Apple juga mengumumkan ketibaan iPad kelas permulaan terbaru mereka yang dipanggil sebagai iPad (A16). Selain menerima cip yang lebih baru, iPad generasi ke-11 ini turut didatangkan dengan storan dua kali ganda lebih besar dan memiliki tanda harga yang lebih rendah berbanding sebelum ini.

Harga iPad (A16) 2025 di Malaysia

Berikut adalah harga jualan rasmi iPad generasi ke-11 (2025) di Malaysia:



iPad A16 WiFi

  • 128GB – RM1,599
  • 256GB – RM1,999
  • 512GB – RM2,899

iPad A16 WiFi + 5G



  • 128GB – RM2,299
  • 256GB – RM2,699
  • 512GB – RM3,599

Aksesori

  • Magic Keyboard Folio – RM1,149
  • Apple Pencil (USB-C) – RM349

Harga untuk program pendidikan bagi iPad terbaru ini bermula RM1,509 untuk versi WiFi dan RM2,209 untuk versi selular. Sementara itu, Magic Keyboard Folio pula berharga RM1,049 dan Apple Pencil USB-C RM299 dalam program pendidikan.

Boleh dilihat harga iPad generasi ke-11 ini jauh lebih murah berbanding iPad generasi ke-10 yang ditawarkan dengan storan 64GB dan dijana cip lebih tua Apple A14 Bionic. Sebagai perbandingan, iPad sebelum ini yang dilancarkan pada tahun 2022 dilancarkan harga RM2,099 untuk storan 64GB, manakala RM2,849 untuk storan 256GB.

Kini, anda boleh dapat model terbaru ini dengan storan 256GB pada harga bawah RM2,000. iPad 2025 ini masih ditawarkan dalam empat pilihan warna sama iaitu biru, merah jambu, kuning dan perak. Ia telah pun disenaraikan di stor dalam talian Apple Malaysia, tetapi masih belum tersedia untuk dibeli.

Spefisikasi iPad (A16)

Selain cip yang lebih baharu, tidak banyak perkara yang berubah pada iPad (A16) berbanding model sebelumya. Ia masih memiliki paparan 11″ (terdahulu dipanggil 10.9″) jenis Liquid Retina yang ada resolusi 2360×1640 dengan kadar penyegaran 60Hz dan kecerahan puncak 500 nits.

Keseluruhan rekaan juga masih sama dan ia mengekalkan ketebalan 7mm dan berat 477g untuk versi WiFi. Di dalam, iPad baru ini dijana oleh cip Apple A16 tiga tahun lepas, bermakna ia tidak menyokong Apple Intelligence.

Bahagian kamera juga kekal sama dan tidak berubah. Ia menampilkan kamera belakang 12MP f/1.8 yang boleh merakam video pada resolusi 4K, manakala di hadapan adalah kamera 12MP yang terletak di tengah tablet apabila ia dalam keadaan melintang.

Terdapat juga speaker stereo dan ia menyokong Touch ID pada butang kuasa. Daripada segi ketersambungan, ia menyokong WiFi 6 dan Bluetooth 5.3, manakala versi selularnya menyokong Gigabit LTE dan sub-6GHz 5G. Perlu untuk dinyatakan juga versi iPad terbaru ini hanya menyokong eSIM, tiada slot fizikal.

Berkenaan bateri, ia mampu menawarkan masa penggunaan sehingga 10 jam dalam satu isian penuh.

iPad baru ini juga boleh digunakan dengan Apple Pencil generasi pertama dan Apple Pencil USB-C. Untuk pengalaman yang lebih seakan PC, anda boleh gandingkannya dengan Magic Keyboard Folio.

Tags: appleapple malaysiaipadipad 11th geniPad 2025iPad A16
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple lancar iPad gen-11 dengan cip A16 dan storan lebih besar, bermula RM1,599

Apple lancar iPad gen-11 dengan cip A16 dan storan lebih besar, bermula RM1,599

5 March 2025
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN