• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton e.MAS 7 model EV paling popular di Malaysia untuk bulan Februari 2025

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:48 pm
  • 11/03/2025
  • Komen
Proton e.MAS 7 model EV paling popular di Malaysia untuk bulan Februari 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Penggunaan kenderaan elektrik (EV) terus meningkat di Malaysia dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 110% dalam bulan Februari 2025 berbanding Februari 2024. Menurut data pendaftaran kenderaan terkini daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak 2,160 unit EV telah didaftarkan pada Februari 2025 berbanding 1,026 unit pada Februari tahun sebelumnya.

Angka pendaftaran EV pada bulan Februari 2025 juga adalah sedikit lebih tinggi berbanding kenderaan hibrid yang mempunyai sebanyak 2,112 unit didaftarkan.



EV kini menyumbang 3.21% daripada jumlah volum industri bulan lepas, dengan Proton e.MAS 7 menjadi EV paling banyak didaftarkan iaitu pada 580 unit, lantas menjadikannya model EV paling popular untuk bulan Februari 2025. Seperti yang diumumkan baru-baru ini, Proton telah menghantar lebih daripada 1,000 unit e.MAS 7 kepada pelanggan dalam masa kurang 80 hari.

Selepas e.MAS 7, BYD Sealion 7 menduduki di tempat kedua dengan 387 unit didaftarkan dan Tesla Model 3 di tempat ketiga dengan 377 unit didaftarkan. Ini diikuti dengan BYD M6 di tempat keempat dengan 120 unit didaftarkan, kemudian Xpeng G6 di tempat kelima dengan 74 unit dan BYD Seal di tempat keenam dengan 70 units.



Menduduki di tempat ketujuh adalah Tesla Model Y dengan 65 unit didaftarkan, dan BYD Atto 3 telah turun ke tempat kelapan dengan 42 unit. Seterusnya ia diikuti dengan Denza D9 yang baru dilancarkan di tempat kesembilan, dengan 34 unit didaftarkan dan BMW iX2 di tempat kesepuluh dengan 32 unit didaftarkan.

Apabila melihat kepada jenama EV, BYD masih jenama EV paling popular dengan mempunyai 634 unit didaftarkan pada bulan Februari, disusuli dengan Proton di tempat kedua dengan 580 unit dan Tesla di tempat ketiga dengan 443 unit. BMW Group (termasuk Mini) meraih tempat keempat dengan 121 unit didaftarkan dan Xpeng di tempat kelima dengan 74 unit.

Pengguna tempatan kini mempunyai banyak pilihan EV sekarang yang merangkumi pelbagai jenis kenderaan EV dan tanda harga. Proton e.MAS 7 terus mendominasi pasaran kerana ia adalah SUV 5-tempat duduk yang paling berbaloi untuk harga bawah RM130,000. Untuk segmen MPV Premium, kini terdapat Denza D9 dan Xpeng X9 yang baru dilancarkan dengan harga bawah RM300,000.

Pada bulan akan datang, pastinya lebih banyak SUV elektrik yang akan muncul di jalan raya Malaysia, termasuk BYD Atto 3 yang diperbaharui, Volvo EX90 dan Tesla Model Y baru.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: BMWBYDBYD Sealion 7DenzaDenza D9EVjabatan pengangkutan jalanJPJpendaftaran EVprotonproton emas 7TeslaTesla Model 3Tesla Model Yxpengxpeng g6
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 7 model EV paling popular di Malaysia untuk bulan Februari 2025

Proton e.MAS 7 model EV paling popular di Malaysia untuk bulan Februari 2025

11 March 2025
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN