• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V50 Malaysia: Masih diperkasa Snapdragon 7 Gen 3, tapi bateri lebih besar 6,000mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:27 pm
  • 13/03/2025
  • Komen
Vivo V50 Malaysia: Masih diperkasa Snapdragon 7 Gen 3, tapi bateri lebih besar 6,000mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia hari ini telah mengumumkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru mereka, iaitu Vivo V50. Tidak seperti siri Vivo V40 yang diperkenal pada bulan Ogos tahun lepas, kali ini Vivo hanya memperkenalkan satu model sahaja tanpa varian Pro.

Harga vivo V50 di Malaysia

Terdapat tiga varian Vivo V50 yang ditawarkan, dengan satu daripadanya disenaraikan sebagai ekslusif online. Kalau anda berminat untuk dapatkan siri Vivo V50, berikut adalah harga jualan rasminya di Malaysia:



  • Vivo V50 (RAM 12GB dan storan 512GB) – RM2,399
  • Vivo V50 (RAM 12GB dan storan 256GB) – RM1,999
  • Vivo V50 (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM1,899 (eksklusif online)

Tempahan awal untuk miliki Vivo V50 telah dibuka sekarang dan akan berakhir pada 21 Mac 2025. Mereka yang membeli tempoh tersebut akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,335.

Kalau berminat, anda boleh dapatkan Vivo V50 melalui stor rasmi Vivo di platform berikut:



Lazada

  • Vivo V50 (8GB + 256GB)
  • Vivo V50 (12GB + 256GB/512GB)

Shopee

  • Vivo V50 (8GB + 256GB)
  • Vivo V50 (12GB + 256GB/512GB)

Anda boleh dapatkan Vivo V50 dalam tiga pilihan warna iaitu merah, ungu dan hitam.

Spesifikasi Vivo V50

Vivo V50 mengekalkan sebahagian besar rekaan seperti V40, tetapi kini didatangkan dengan lampu Aura Light jauh lebih besar di belakang, yang menurut Vivo mampu menawarkan cahaya 143x lebih lembut berbanding lampu flash biasa. Selain daripada itu, keseluruhan spesifikasi tidak banyak berubah.

Di hadapan, Vivo V50 masih dilengkapi panel paparan 6.77-inci jenis AMOLED beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 4,500 nits. Atas papan utama, telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 3 sama seperti tahun lepas, dan dipadankan dengan RAM 12GB dan storan sehingga 512GB.

Sistem kamera V50 masih menampilkan tetapan dwikamera belakang dengan penjenamaan Zeiss. Ia terdiri daripada kamera utama 50MP OIS dan kamera ultralebar 50MP. Untuk selfie, terdapat kamera depan 50MP dengan autofokus yang ditempatkan di dalam lubang di atas skrin.

Menurut Vivo, sistem pengimejannya turut menampilkan ciri AI Image Studio yang merangkumi fungsi seperti AI Photo Enhance dan AI Erase 2.0. Terdapat juga mod “Film Camera Mode” yang memberikan sentuhan vintaj pada imej, selain telefon turut memiliki fungsi Live Photo.

Perkara yang berbeza adalah V50 kini mempunyai kapasiti 6,000mAh, iaitu 500mAh lebih besar berbanding gengerasi sebelumnya. Vivo turut memaklumkan ia menggunakan teknologi bateri BlueVolt yang memiliki jangka hayat lebih panjang. Jika kehabisan bateri, telefon ini menyokong pengecasan FlashCharge 90W melalui USB-C, tiada sokongan pengecasan wayarles.

Daripada segi ketersambungan, ia menyokong Bluetooth 5.4, NFC, WiFi dan 5G. Untuk perlindungan, macam sebelum ini, telefon ini masih diiktiraf kalis air dan debu IP69. Sistem operasi yang akan dijalankan sejurus keluar kotak adalah Funtouch OS 15 berasaskan Android 15, yang turut hadir dengan fungsi AI seperti Live Call Translation, AI transcript Assist dan Circle to Search.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Vivo V50.

Tags: vivovivo MalaysiaVivo V50
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Vivo V50 Malaysia: Masih diperkasa Snapdragon 7 Gen 3, tapi bateri lebih besar 6,000mAh

Vivo V50 Malaysia: Masih diperkasa Snapdragon 7 Gen 3, tapi bateri lebih besar 6,000mAh

13 March 2025
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN