• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung umum One UI 7 akan tersedia untuk peranti Galaxy lain di Malaysia mulai 14 April

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:16 pm
  • 19/03/2025
  • Komen
Samsung umum One UI 7 akan tersedia untuk peranti Galaxy lain di Malaysia mulai 14 April
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia telah mengumumkan bahawa One UI 7 akan dikeluarkan untuk pengguna di Malaysia bermula 14 April 2025. Sistem operasi yang tersedia sejurus keluar kotak di siri Samsung Galaxy S25, One UI 7 akan membawakan antara muka baharu dan lebih dioptimumkan untuk Galaxy AI.

Jika anda menggunakan peranti Galaxy lama, anda tidak lama lagi akan boleh menggunakan antara muka dan ciri baru One UI 7 seawal bulan April nanti.



Menurut Samsung, kemas kini One UI 7 akan dikeluarkan secara beringkat bermula dengan siri Galaxy S24, Galaxy Z Fold 6 dan Galaxy Z Flip 6, kemudian akan dilancarkan kepada lebih banyak telefon dan tablet Galaxy beberapa minggu akan datang.

Berikut adalah senarai peranti yang dijadualkan akan menerima One UI 7 di Malaysia:



  • Siri Samsung Galaxy S24
  • Samsung Galaxy S24 FE
  • Siri Samsung Galaxy S23
  • Samsung Galaxy S23 FE
  • Samsung Galaxy Z Fold 6
  • Samsung Galaxy Z Flip 6
  • Samsung Galaxy Z Fold 5
  • Samsung Galaxy Z Flip 5
  • Siri Samsung Galaxy Tab S10
  • Siri Samsung Galaxy Tab S9

Dengan One UI 7, anda akan disapa dengan antara muka yang lebih ringkas dan kemas termasuk pada skrin utama, lock screen serta widget yang diperbaharui. Lagi penambahan yang menarik adalah Now Bar yang boleh memaparkan maklumat pada lock screen, dan juga Now Brief, iaitu yang fungsi yang akan menyediakan rutin dan aktiviti harian anda dikuasakan AI.

Selain itu, anda juga boleh menjangkakan ciri AI yang lebih banyak pada One UI 7 seperti yang terdapat di siri Galaxy S25. Ini termasuk AI Select, Audio Eraser, Writing Assist dan Drawing Assist. Google Gemini juga kini diintegrasikan dengan lebih mendalam pada One UI 7 dan carian semula jadi turut diperluaskan ke Settings.

Namun, perlu diingatkan bahawa ketersediaan fungsi Galaxy AI tertentu mungkin berbeza mengikut perkakasan pada peranti.

Tags: Galaxy AIGalaxy S25galaxy z flip 6Galaxy Z Fold 6One UI 7samsungsamsung galaxySamsung Galaxy S25
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung umum One UI 7 akan tersedia untuk peranti Galaxy lain di Malaysia mulai 14 April

Samsung umum One UI 7 akan tersedia untuk peranti Galaxy lain di Malaysia mulai 14 April

19 March 2025
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN