• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 14 5G dan Realme 14 Pro 5G didedahkan secara rasmi di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:40 pm
  • 20/03/2025
  • Komen
Realme 14 5G dan Realme 14 Pro 5G didedahkan secara rasmi di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini telah mendedahkan siri Realme 14, barisan telefon pintar berkelas pertengahan terbaru mereka. Ia terdiri daripada dua model, iaitu Realme 14 Pro 5G dan Realme 14 5G. Pendedahan ini juga memperlihatkan rupa paras kedua-dua telefon terbaru ini menjelang pelancaran rasminya di Malaysia.

Realme 14 5G dengan rekaan futuristik Mecha

Realme 14 5G

Menurut Realme, Realme 14 5G direka untuk mendefinisikan semula pengalaman gaming pengguna. Ia menampilkan rekaan futuristik yang diinspirasikan daripada Mecha dengan garisan geometri pada panel belakangnya, serta dilengkapi warna “Flaming Orange Power Engine” yang memberikan rekaan penampilan yang lebih menyerlah.



Realme 14 5G

Selain itu, Realme 14 5G juga hadir dengan lampu pada panel belakang yang boleh berinteraksi dengan notifikasi, pengecasan, gaming dan pemasa, digelar sebagai Victory Halo Light. Ia juga ada sisi rata rekaan nipis berukuran 7.97mm dan tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu perak Mecha, coklat dan merah jambu.

Realme 14 Pro 5G

Realme 14 Pro 5G

Sementara itu, untuk Realme 14 Pro 5g, tidak banyak perkara yang didedahkan oleh Realme. Tetapi, berdasarkan unit yang dipaparkan sewaktu acara yang berlangsung di MITEC, ia mendukung rekaan panel belakang seakan Realme 13 Pro dengan skrin melengkung dan memiliki bulatan kamera besar di belakang.



Selain daripada rekaan, maklumat spesifikasi Realme 14 5G dan Realme 14 Pro 5G masih lagi tandus. Tetapi memandangkan Realme 14 Pro telah dilancarkan di India, kita boleh jangkakan ia akan menggunakan skrin OLED 6.77-inci 120Hz, cip MediaTek Dimensity 7300 Energy, bateri 6,000mAh, sokong pengecasan 45W, kamera utama 50MP OIS dan kamera selfie 16MP.

Kerjasama bersama Team Vamos

Pada masa yang sama, Realme turut mengumumkan bahawa kerjasama mereika bersama Soloz dan pasukan Mobile Legends terkemuka, iaitu Team Vamos, dengan melantik mereka sebagai ‘Chief Gaming Officer’ mereka. Menurut Realme, kolaborasi ini adalah komitmen mereka untuk membentuk masa depan esport di Malaysia ,dan siri Realme 14 juga akan menjadi peranti muktamad untuk Soloz dan Team Vamos.

Setakat ini, Realme Malaysia masih belum mengumumkan tarikh ketersediaan dan harga untuk kedua-dua Realme 14 5G dan Realme 14 Pro 5G d Malaysia. Untuk maklumat lanjut, nantikan pengumuman oleh Realme Malaysia.

Tags: RealmeRealme 14Realme 14 5GRealme 14 prORealme 14 Pro 5GRealme Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Realme 14 5G dan Realme 14 Pro 5G didedahkan secara rasmi di Malaysia

Realme 14 5G dan Realme 14 Pro 5G didedahkan secara rasmi di Malaysia

20 March 2025
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN