[Artikel ini dibawakan oleh OPPO]
Dengan Hari Raya Aidilfitri yang semakin menghampiri, kita semua pasti tidak sabar untuk meraikannya bersama keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang. Tidak kira sama ada sedang dalam perjalanan pulang ke kampung, menyiapkan persiapan raya atau menangkap detik-detik berharga dengan orang paling bermakna, mempunyai teman yang boleh dipercayai di sisi adalah sangat penting.
OPPO A5 Pro 5G, telefon pintar terbaru dalam siri A hadir untuk memeriahkan sambutan Hari Raya anda. Dengan dilengkapi tahap kekalisan air dan debu IP69, binaan tahan lasak bergred tentera dan ciri gaming dikuasakan AI, OPPO A5 Pro 5G menawarkan prestasi lancar dan boleh dipercayai, semuanya dalam rekaan yang elegan dan bergaya, sesuai untuk sambutan Hari Raya.
Tidak perlu risau lagi dengan perlindungan IP69

Sambutan Hari Raya penuh dengan aktiviti dan kadang-kadang cuaca yang tidak menentu. Dari membantu di dapur dengan tangan yang basah atau berminyak, hingga terkena hujan ketika melawat sanak saudara sekalipun, OPPO A5 Pro 5G dapat memastikan telefon anda kekal berfungsi dengan lancar walau dalam apa jua keadaan.
Dengan penarafan IP69, naik taraf berbanding IP54 pada generasi sebelumnya, telefon ini tahan terhadap debu, rendaman air dan tembakan air bertekanan tinggi, menjadikannya sesuai untuk segala jenis aktiviti Raya. Sama ada berkelah di tepi air terjun atau bersantai di halaman kampung, OPPO A5 Pro 5G tetap kukuh menghadapi segala cabaran.

Tambahan pula, dengan adanya Splash Touch mode pada siri A, anda boleh menggunakan telefon dengan mudah walaupun skrin basah, memastikan anda tidak terlepas momen istimewa sewaktu menjamu juadah Raya atau bergambar dengan keluarga.
Perlindungan terhadap hentakan untuk Raya penuh cabaran

Sambutan Raya seringkali melibatkan keterujaan dan aksi yang tak terduga. OPPO A5 Pro 5G hadir dengan binaan tahan lasak bergred tentera, menjadikannya sempurna untuk menghadapi apa jua situasi.
Telefon terjatuh dari poket semasa bersalaman dengan saudara-mara, atau terjatuh dari meja ketika menjamu selera? Tak perlu risau sebab telefon ini boleh atasinya kerana perlindungan terhadap hentakannya yang telah dipertingkatkan sebanyak 160%.

Dengan menampilkan bahan diperbuat daripada aloi aluminium AM04 yang kukuh untuk melindungi papan induk, komponen penting telefon ini sentiasa dilindungi dengan baik, memastikan ketahanan sepanjang perjalanan balik ke kampung anda.
Selain itu, Sponge Bionic Cushioning yang menggunakan bahan lembut dan pad silikon bertindak sebagai beg udara mini untuk melindungi telefon anda daripada hentakan atau jatuhan tidak sengaja, memberikan ketenangan fikiran ketika menyambut Hari Raya.
Sambungan lancar dan gaming tanpa gangguan semasa Raya

Sambutan Raya biasanya melibatkan ramai orang, dan kadangkala sambungan internet boleh menjadi perlahan. Jangan risau, OPPO A5 Pro 5G boleh memastikan anda kekal terhubung dengan ciri AI LinkBoost 2.0 yang mengoptimumkan kekuatan isyarat untuk berikan sambungan yang lagi stabil, sama ada di rumah terbuka yang sesak dengan orang atau ketika dalam perjalanan balik kampung.

Ciri AI GameBoost pula menjadikan pengalaman gaming lebih lancar tanpa gangguan, jadi anda boleh menikmati sesi gaming yang mengasyikkan bersama sepupu atau anak buah.


Bukan setakat itu, dengan BeaconLink, anda berupaya membuat panggilan melalui Bluetooth dengan jarak sehingga 205m, bermakna anda tetap berhubung walaupun berada di kawasan dengan isyarat yang lemah.
Tempuhi Raya anda tanpa masalah dengan bateri besar dan pengecasan pantas

Perkara terakhir yang anda mahukan pada telefon adalah bateri yang cepat habis. Lebih-lebih lagi sambutan Raya selalunya memakan masa yang panjang dan lama, ditambah pula dengan ibu yang tidak henti-henti berborak tetapi kata “mahu balik kejap lagi”.
Dengan bateri besar 5,800mAh pada OPPO A5 Pro 5G, anda boleh tempuhi sambutan Raya yang panjang tanpa risau telefon kehabisan bateri. Nak menstrim lagu Raya, bermain game atau berkongsi momen Raya di media sosial, semuanya anda boleh lakukan sepanjang hari dengan telefon ini.

Tergesa-gesa untuk pergi ke rumah saudara tetapi kehabisan bateri? Jangan risau kerana teknologi 45W SUPERVOOC Flash Charge boleh menawarkan masa penggunaan selama berjam-jam hanya dengan mengecas beberapa minit, memastikan anda tidak terlepas sebarang kenangan berharga, walaupun ketika sedang dalam perjalanan.
Meriahkan raya anda dengan OPPO A5 Pro 5G

Dengan ciri-ciri hebat ini, OPPO A5 Pro 5G bukan sekadar telefon, tetapi rakan yang boleh dipercayai untuk menjadikan sambutan Hari Raya anda lebih bermakna dan menyeronokkan! Biar OPPO A5 Pro 5G menjadi teman setia anda yang memastikan anda sentiasa berhubung, merakam setiap kenangan dan menikmati kemeriahan Raya dengan penuh ketenangan.
Dapatkan sekarang di kedai rasmi OPPO, sama ada secara dalam talian atau luar talian.
- OPPO A5 Pro 5G (8GB + 256GB) – RM1,099
- OPPO A5 Pro (8GB + 256GB) – RM899
Untuk maklumat lanjut mengenai OPPO A5 Pro, layari laman web OPPO di sini.