Xiaomi bakal melancarkan telefon pintar terbaru siri Poco F7, iaitu sekuel kepada Poco F6 dan Poco F6 Pro tahun lepas. Poco telah pun mendedahkan imej rasmi dua peranti yang akan mereka lancarkan dan ia hadir dalam dua model, Poco F7 Pro dan F7 Ultra. Secara asasnya, kedua-dua model ini adalah model yang dijenamakan semula daripada siri Redmi K80 yang diperkenal untuk pasaran China.
Siri Poco F7 dijangka akan dijual di pasaran Malaysia dalam masa terdekat dan ia mungkin bakal menjadi telefon flagship berkuasa Snapdragon 8 Elite paling mampu milik.
Pelancaran global siri Poco F7

Pelancaran global siri Poco F7 akan diadakan di Singapura pada 27 Mac 2025. Majlis pelancarannya juga boleh distrim secara langsung pada jam 4 petang melalui Mi,com dan saluran rasmi YouTube mereka.
Memandangkan Malaysia adalah pasaran utama Poco, kita boleh jangkakan siri Poco X7 akan mula dijual melalui stor online Xiaomi tidak lama selepas pelancaran globalnya.
Melihat pada laman web pelancaran Poco F7 Malaysia, Xiaomi turut akan menawarkan lanjutan waranti satu tahun, percuma langganan storan awan Google One 100GB (hanya untuk F7 Ultra) 6 bulan, percuma penggantian skrin sekali atau servis baik pulih dalam masa 6 bulan, bersama-sama dengan ganjaran lain termasuk penebusan ganjaran melalui nombor IMEI.
Spesifikasi Poco F7 Pro dan F7 Ultra

Selain diperkasa cip Flagship Snapdragon, spesifikasi siri Poco F7 masih lagi disimpan rapi pada ketika ini. Tetapi berdasarkan laporan oleh 91Mobile, Poco F7 Pro dan F7 Ultra akan dilengkapi panel paparan 6.67″ jenis AMOLED dengan resolusi 32000 x1400 dan kadar penyegaran 120Hz.
Poco F7 Pro dijanka akan dikuasakn cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan RAM 12GB dan storan 256GB atau 512GB. Manakala, F7 Ultra akan dijana cip terkini Snapdragon 8 Elite dengan RAM 12GB dan storan 256GB atau 512GB.
Di bahagian pengimejan, F7 Pro menggunakan tetapan dua kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP OIS dan kamera ultralebar 8MP. Kamera selfie pula menggunakan sensor 20MP. F7 Ultra pula menggunakan tetapan tiga kamera yang menampilkan kamera utama 50MP OIS, kamera telefoto 50MP dengan zum optikal 2x dan kamera ultralebar 32MP, bersama-sama dengan kamera selfie 32MP.
Kapasiti bateri yang dimuatkan pada F7 Pro adalah 6,000mAh dengan sokongan pengecasn 120W melalui USB-C, manakala F7 Ultra ada bateri lebih kecil 5,3000mAh yang turut menyokong pengecasan 120W melalui USB-C, tetapi juga dengan pengecasan wayarles 50W. Kedua-dua peranti juga dikatakan akan diiktiraf kalis air dan debu IP68.
Sebagai perbandingan, Poco F6 dijual pada harga bermula RM1,799 manakala Poco F6 Pro pula bermula RM2,299.. Siri Poco F7 juga dijangka akan menjadi alternatif kepada siri Xiaomi 14T yang dikuasakan cip MediaTek 8300 Ultra dan MediaTek 9300+.