• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Realme 14 akan tiba di Malaysia pada 15 April, diperkasa cip Snapdragon 6 Gen 4

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:12 pm
  • 25/03/2025
  • Komen
Realme 14 5G dan Realme 14 Pro 5G didedahkan secara rasmi di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mendedahkan siri Realme 14 beberapa hari lepas, kini Realme Malaysia telah mengesahkan bahawa kedua-dua peranti dalam siri ini, Realme 14 5G dan Realme 14 Pro 5G akan dilancarkan di Malaysia pada hari Selasa, 15 April 2025. Pelancarannya di Malaysia akan berlangsung di Centre Court, IOI City Mall.

Peminat juga boleh menstrim majlis pelancarannya secara langsung pada jam dua petang melalui halaman rasmi Realme di Facebook, YouTube dan TikTok.



Realme 14 5G diperkasa cip Snapdragon 6 Gen 4

Bersama-sama pengumuman ini, Realme turut mendedahkan beberapa lagi butiran mengenai Realme 14 5G. Antaranya, ia akan diperkasa cip Snapdragon 6 Gen 4, cip yang baru diumumkan pada pertengahan Februari 2025 dan berjaya mencatatkan markah lebih daripada 780,000 dalam ujian penanda aras AnTuTu.

Selain itu, cip 4nm ini dikatakan menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 15% dan peningkatan kecekapan CPU dan GPU sebanyak 35%, walaupun tidak dinyatakan perbandingan dengan cip apa. Realme 14 5G juga mampu untuk menjalankan permainan pada 120FPS untuk permainan seperti Mobile Legends, Honor of Kings dan Free Fire.



Walaupun spesifikasi Realme 14 5G masih lagi terhad, reka bentuk penuh telefon ini telah pun didedahkan sebelum ini. Ia menampilkan rekaan Mecha dengan butang kuasa berwarna oren dan memiliki lampu Victory Halo Light pada panel belakang yang boleh berinteraksi dengan notifikasi, pengecasan dan gaming.

Jangkaan spesifikasi Realme 14 Pro

Untuk Realme 14 Pro 5G, tiada maklumat spesifikasi yang diberikan oleh Realme. Apa yang diketahui adalah ia mengekalkan rekaan seperti generasi sebelumnya. Tetapi, memandangkan versi Pro in telah dilancarkan di India, kita boleh jangkakan ia akan menggunakan skrin OLED 6.77-inci 120Hz dengan kecerahan puncak 4,500 nits.

Di dalam, ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300 Energy dan menggunakan bateri berkapasiti 6,000mAh yang menyokong pengecasan 45W. Realme 14 Pro 5G turut dilengkapi kamera utama 50MP, kamera depth dan kamera selfie 16, selain turut diiktiraf kalis air dan debu IP69.

Siri Realme 14 akan berharga bawah RM2,000

Pastinya maklumat harga akan didedahkan pada pelancarannya yang akan diadakan tidak lama lagi. Tetapi, Realme telah mengacah bahawa siri Realme 14 akan berharga bawah RM2,000, sama seperti generasi sebelumnya.

Sebagai perbandingan, Realme 13 dilancarkan pada harga bermula RM1,199, manakala Realme 13 Pro pula berharga RM1,999.

Tags: RealmeRealme 14Realme 14 5GRealme 14 prORealme 14 Pro 5GRealme Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme 14 5G dan Realme 14 Pro 5G didedahkan secara rasmi di Malaysia

Siri Realme 14 akan tiba di Malaysia pada 15 April, diperkasa cip Snapdragon 6 Gen 4

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER