• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple lancar ciri bantuan pendengaran dan apnea tidur di Malaysia, ini cara gunakannya

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:48 am
  • 27/03/2025
  • Komen
Apple lancar ciri bantuan pendengaran dan apnea tidur di Malaysia, ini cara gunakannya
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah mengumumkan ketersediaan ciri tidur dan kesihatan terbaru mereka di Malaysia. Ia merangkumi bantuan pendengaran melalui AirPods Pro 2 dan notifikasi tidur apnea melalui Apple Watch. Berdasarkan pengumuman Apple, ciri kesihatan baru ini membawakan cara yang nformatif dan berkesan untuk memberi sokongan kepada mereka dengan masalah tidur dan pendengaran.

Ciri tidur apnea untuk Apple Watch Series 9 dan ke atas

Apnea tidur adalah masalah tidur di mana pernafasan terhenti buat seketika sewaktu tidur, menyebabkan tubuh tidak menerima oksigen yang mencukupi. Dianggarkan lebih 1 bilion orang mengalami apnea tidur dan kebanyakan daripada mereka juga tidak didianogsis. Bukan sahaja apnea tidur akan mengakibatkan tidur berkualiti rendah, tetapi juga boleh meningkatkan risiko hipertensi, diabetes jenis 2 dan masalah jantung.



Untuk bantu mengesan tanda-tanda apnea tidur, Apple Watch dilengkapi ciri bagi mengukur tahap gangguan tidur. Ia menggunakan sensor akselerometer untuk mengesan pergerakan kecil pada pergelangan tangan yang berkait dengan gangguan pada pola pernafasan ketika tidur. Data gangguan pernafasan juga dianalisis setiap 30 hari dan notifikasi akan diberikan jika terdapat tanda-tanda konsisten apnea tidur.

Cara aktifkan apnea tidur di Apple Watch

Apple Watch Series 10

Ciri apnea tidur setakat ini tersedia di Apple Watch Series 9, Apple Watch Series 10 dan Apple Watch Ultra 2 di Malaysia yang menjalankan WatchOS terkini, serta dipadankan dengan iPhone yang menggunakan iOS terkini. Ini adalah cara untuk aktifkannya:



  1. Pada iPhone, buka aplikasi Health
  2. Tekan pada Browse” dan pilih “Respiratory”
  3. Di bawah “Sleep Apnea Notifications”, tekan pada “Setup”, kemudian “Next”
  4. Sahkan tarikh lahir anda dan jika anda pernah didiagnosis dengan apnea tidur sebelum ini, ketik pada “Continue”. Ketik “Next”, dan kemudian “Done”.

Perlu diambil perhatian bahawa tidur anda mesti ditetapkan dengan fungsi Track Sleep with Apple Watch dihidupkan. Anda juga perlu memakai jam Apple Watch anda semasa tidur sekurang-kurangnya 10 malam dalam tempoh 30 hari. Untuk melihat notifikasi tidur apnea atau gangguan pernafasan, anda boleh pergi ke aplikasi Health, tekan “Browse”, kemudian “Respitory”.

Tahap gangguan pernafasan diukur sebagai “elevated” (tinggi) atau “not elevated” (tidak tinggi), dan ia boleh dilihat sepanjang tempoh satu bulan, enam bulan atau setahun. Sama macam laporan kesihatan lain di iPhone, data ini disimpan dengan selamat dalam Apple Health dan pengguna juga boleh berkongsi laporan dalam format PDF.

Bantuan pendengaran di AirPods Pro 2

Kira-kira lebih 1.5 bilion orang di seluruh dunia menjalani kehidupan dengan masalah pendengaran dan mereka tidak menyedarinya. Kajian mendapati masalah pendengaran ini telah memberi kesan terhadap kesejahteraan seseorang, termasuk dimensia dan pengasingan sosial.

Untuk bantu mencegah dan tingkatkan kesedaran tentang risiko masalah pendengaran, Apple telah membangunkan apa yang dikatakan sebagai pengalaman kesihatan pendengaran pertama di dunia yang merangkumi ujian pendengaran yang disahkan secara klinikal,

Cara untuk tetapkan ciri bantuan pendengaran di AirPods Pro 2

Ciri kesihatan pendengaran ini, termasuk ujian pendengaran dan bantuan pendengaran pada ketika ini hanya disokong pada Airpods Pro 2 dengan firmware terkini, yang dipadankan dengan iPhone atau iPad menjalankan iOS 18 atau iPadOS 18 dan ke atas. Ciri ini juga ditujukan kepada pengguna yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu melakukan ujian pendengaran terlebih dahulu bagi menentukan kemampuan anda mendengar pelbagai frekuensi dari 250Hz hingga 8KHz. Untuk memastikan ujian ini dijalankan dengan tepat, ia perlu dilakukan dalam persekitaran senyap dan ujian akan terganggu jika bunyi latar belakang yang tidak diingini dikesan.

Seterusnya, hasil ujian pendengaran anda akan disimpan dengan selamat dalam Apple Health, dan anda juga boleh memilih untuk berkongsi keputusan tersebut dengan doktor anda dengan mengeksportnya ke dalam format PDF.

Pastikan AirPods Pro 2 anda dicas penuh terlebih dahulu, dan berikut adalah langkah-langkah untuk menjalankan ujian ini:

  • Di iPhone atau iPad, pergi ke bahagian AirPods di “Settings”
  • Di bahagian bawah “Kesihatan Pendengaran”, tekan pada Ujian Pendengaran
  • Ikuti arahan yang tertera dekat skrin dan aplikasi akan menjalankan pemeriksaan pada AirPods Pro anda dan tahap bunyi latar belakang. Kalau AirPods tidak cukup kemas dalam telinga, aplikasi mungkin akan mencadangkan anda untuk tukar kepada tips telinga yang berbeza.
  • Apabila ujian dimulakan, AirPods Pro 2 akan memainkan beberapa bunyi sebanyak tiga kali dan anda perlu tap skrin jika anda mendengarnya.
  • Setelah ujian selesai, hasil ujian pendengaran anda akan dipaparkan dan menunjukkan tahap masalah pendengaran anda yang diukur dengan desibel tahap pendengaran (dBHL).
  • Kemudian, anda boleh mengaktifkan ciri bantuan pendengaran serta Media Assist

Berikut adalah cara untuk aktifkan bantuan pendengaran:

  • Di iPhone atau iPad, pergi ke bahagian AirPods di “Settings”
  • Di bahagian bawah “Kesihatan Pendengaran”, tekan pada Ujian Pendengaran
  • Dari sini, anda boleh aktifkan ciri bantuan pendengaran untuk memperkuatkan bunyi sekeliling atau menggunakan Media Assist untuk tingkatkan kejelasan muzik, panggilan video dan panggilan suara.

Tags: AirPods Proairpods pro 2Apnea Tidurappleapple malaysiaapple watchapple watch series 10apple watch ultra 2
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple lancar ciri bantuan pendengaran dan apnea tidur di Malaysia, ini cara gunakannya

Apple lancar ciri bantuan pendengaran dan apnea tidur di Malaysia, ini cara gunakannya

27 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER