• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:54 pm
  • 27/03/2025
  • Komen
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan telah mengumumkan insentif pemberian diskaun tol 50% dari kadar tol biasa sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi setelah dipersetujui Mesyuarat Kabinet baru-baru ini.

Sama seperti pelaksanaan pada Tahun Baru Cina Januari lalu, diskaun 50% ini ditawarkan pada tarikh dan waktu tertentu. Untuk Hari Raya yang akan datang, ia akan dilaksanakan selama dua hari, dari jam 12.01 tengah malam 28 Mac hingga jam 11.59 malam 29 Mac 2025.



Diskaun tol 50% ini hanya terpakai untuk kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol, kecuali dua plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malasyia-Singapura (LINKEDUA).

Dalam kenyataan rasmi, Alexander berkata kerajaan menanggung kira-kira RM19.69 juta sebagai bayaran pampasan kepada syarikat konsensi tol terlibat. Pemberian diskaun tol ini juga merupakan kesinambungan bantuan tol musim perayaan yang diberikan telah diberikan sejak tahun 2023.



Seperti dalam laporan kami sebelum ini, masih tidak jelas sama ada dasar pemberian diskaun tol ini adalah pengganti kekal kepada kepada tol percuma tahun sebelumnya. Alexander sebelum ini mengatakan kerajaan akan menggantikan pemberian tol percuma dengan pendekatan yang lebih bersasar, tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut mengenainya pada ketika itu.

Dengan melaksanakan pemberian diskaun tol berbanding percuma, ia dijangka dapat mengurangkan jumlah perbelanjaan kerajaan dengan ketara untuk membayar semula pampasan kepada syarikat tol konsensi.

Dalam tahun 2024, kerajaan berbelanja lebih daripada 200 juta untuk melaksanakan tol percuma semasa Hari Raya Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Hari Natal.

Tags: diskaun tolHari Rayahari raya aidilfitriTOL
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

27 March 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

21 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER