• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Pixel 9a akan memasuki pasaran Malaysia pada 16 April

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:05 pm
  • 07/04/2025
  • Komen
Google Pixel 9a kini rasmi, akan tiba di Malaysia pada April, harga bermula RM2,699
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas diperkenalkan secara rasmi pada hujung Mac lalu, kini Google telah mendedahkan tarikh ketersediaan telefon pintar mampu milik terbaru mereka, iaitu Google Pixel 9a di pasaran Malaysia. Ia adalah model keempat yang memasuki Malaysia selepas Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL.

Berdasarkan pengumuman di laman web sokongan Google Pixel, Pixel 9a akan tersedia di Malaysia bermula 16 April, bersama-sama dengan negara lain termasuk Austraulia, India, Singapura dan Taiwan. Ini bermakna Malaysia bukan sebahagian daripada gelombang pertama untuk Pixel 9a, yang mana tidaklah mengejutkan.



Pixel 9a akan tersedia terlebih dahulu di Amerika Syarikat, Kanada dan UK pada 10 April, kemudian diikuti dengan pasaran Eropah pada 14 April.

Selain daripada tarikh ketersediaan itu, tiada maklumat lain yang disediakan Google, ini termasuk harga untuk versi 256GB Pixel 9a yang masih lagi menjadi tanya pada ketika ini. Pixel 9a dengan storan 128GB akan dijual di Malaysia pada harga RM2,699.



Pixel 9a tersedia dalam empat pilihan warna iaitu putih, biru, merah dan hitam. Peranti ini juga akan didatangkan dengan waranti Malaysia 1 tahun dan boleh didapatkan di Google Store dan pengedar sah Google Pixel di Malaysia.

Spesifikasi Google Pixel 9a

Pixel 9a adalah model permulaan dalam siri Pixel 9. Berbanding Pixel 8a, Pixel 9a kini tampil sisi rata seperti telefon Pixel 9 yang lain, tetapi mendukung rekaan panel belakang yang berbeza dengan modul kamera rata dan tidak terbonjol keluar.

Di hadapan, ia dipasangkan dengan paparan Actua berukuran 6.3-inci jenis pOLED beresolusi FHD+ 2424 x 1080 dan sokong kadar penyegaran 120Hz. Panel paparannya juga mempunyai kecerahan puncak 2,700 nits, yang didakwa Google adalah tercerah pada siri A dan 35% lebih cerah daripada 8a.

Dari segi perlindungan, kaca Corning Gorilla Glass 3 melapisi atas komponen skrin dan telefon juga mempunyai tahap kalis air IP68. Kuasa peggerak utama Pixel 9a adalah cip Google terkini, Tensor G4 yang dipadankan dengan RAM 8GB dan storan sama ada 128GB atau 256GB.

Sistem kamera belakang Pixel 9a terdiri daripada dua buah kamera. Ia adalah kamera utama 48MP f/1.7 berkemampuan zum sehingga 8 kali dengan penstabil imej optikal, dan kamera ultralebar 13MP f/2.2. Lubang kecil di atas skrin pula merumahkan kamera hadapan 13MP f/2.2.

Untuk tenaga, Pixel 9a dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5,100mAh yang dikatakan boleh menawarkan masa penggunaan sehingga 30 jam. Jika bateri habis, ia boleh dicas pada kuasa 23W melalui USB-C dan secara wayarles 7.5W.

Tags: Googlegoogle malaysiagoogle pixelGoogle Pixel MalaysiaPixel 9a
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Google Pixel 9a kini rasmi, akan tiba di Malaysia pada April, harga bermula RM2,699

Google Pixel 9a akan memasuki pasaran Malaysia pada 16 April

7 April 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER