• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing akan lancarkan CMF Phone 2 Pro dan tiga fon putik pada 28 April

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:16 pm
  • 08/04/2025
  • Komen
Nothing akan lancarkan CMF Phone 2 Pro dan tiga fon putik pada 28 April
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak lama selepas melancarkan siri Nothing Phone 3(a), kini Nothing akan memperkenalkan empat lagi model baru di bawah jenama lebih mampu milik, CMF. CMF by Nothing telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan CMF Phone 2 Pro bersama-sama dengan tiga lagi produk audio lain, iaitu Buds 2, Buds 2a dan Buds 2 Plus.

Jika dilancarkan kelak, CMF Phone 2 Pro akan menjadi pengganti kepada CMF Phone 1 yang dilancarkan pada Julai tahun 2024 pada harga RM1,099 di Malaysia. Dengan pertambahan perkataan “Pro” pada model baru ini, kelihatan ia adalah model yang lebih premium sambil mengekalkan rekaan dan estetik unik seperti CMF Phone 1.



New wonderful things.

Featuring CMF Phone 2 Pro, alongside a trio of buds – Buds 2, Buds 2a or Buds 2 Plus.

28 April, 2:00 BST. pic.twitter.com/1CIlMae2um

— CMF by Nothing (@cmfbynothing) April 7, 2025

Pelancaran produk baru CMF telah dijadualkan akan berlangsung pada hari Isnin, 28 April 2025 pada jam 9 malam waktu Malaysia. Anda juga boleh jangkakan majlis pelancarannya akan disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube mereka, dan berkemungkinan besar sesi tempahan awalnya juga akan dibuka sejurus pendedahannnya di peringkat antarabangsa.

Berdasarkan hantaran oleh CMF di X beberapa hari lepas, telefon CMF yang akan dilancarkan akan menampilkan kemasan baru, bertekstur dan taktil. Ia juga akan mengekalkan rekaan dengan skru fizikal di belakang, bermakna panel belakangnya masih boleh diubah suai seperti CMF Phone 1.



A new finish. Textured, tactile, different.

More to come. pic.twitter.com/urfDleDieH

— CMF by Nothing (@cmfbynothing) April 5, 2025

Setakat ini, maklumat berkenaan spesifikasi masih lagi tandus. Tetapi, berdasarkan apa yang diperkatakan dalam talian pada ketika ini, CMF Phone 2 Pro akan menggunakan paparan 6.3″ beresolusi HD+ 120Hz dan diperkasa cip MediaTek Dimensity 7400.

Selain itu, berkemungkinan CMF Phone 2 Pro juga akan ditambah dengan kamera ketiga, iaitu kamera ultralebar, berbeza dengan CMF Phone 1 yang menggunakan tetapan dua kamera. Untuk rujukan anda, CMF Phone 1 dilengkapi kamera utama 50MP dan kamera depth.

Sumber gambar: UpperPerformer6651 di Reddit

Selain itu, CMF Phone 2 Pro juga dikatakan akan mengekalkan bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 33W melalui USB-C. Walau bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada Nothing akan melancarkan hanya satu model telefon pintar, ataupun akan melancarkan juga versi bukan Pro yang lebih murah akan datang.

CMF Phone 1 adalah telefon mampu milik paling unik yang diperkenal pada tahun lepas, disebabkan ia satu-satunya telefon dengan rekaan panel belakang yang boleh ditukar ganti. Tetapi, satu kekurangannya adalah ia tiada ciri NFC, jadi diharapkan CMF Phone 2 Pro akan ditambah dengan sokongan NFC.

Untuk maklumat lanjut, nantikan majlis pelancaran CMF yang akan diadakan tidak lama lagi.

Tags: CMFCMF Buds 2 PlusCMF Buds 2acmf by nothingCMF Phone 2CMF Phone 2 ProNothing
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Nothing akan lancarkan CMF Phone 2 Pro dan tiga fon putik pada 28 April

Nothing akan lancarkan CMF Phone 2 Pro dan tiga fon putik pada 28 April

8 April 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER