• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Pad V9 & Pad X9a LTE dilancarkan di Malaysia, harga bermula RM999

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:12 pm
  • 10/04/2025
  • Komen
Honor Pad V9 & Pad X9a LTE dilancarkan di Malaysia, harga bermula RM999
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang didedahkan Honor pada pertengahan Mac lepas, hari ini Honor telah melancarkan sejumlah peranti baharu mereka di Malaysia. Antara peranti baharu yang diumumkan termasuk dua tablet, iaitu Honor Pad V9 dan Honor Pad X9a versi LTE yang didatangkan dengan storan dalaman lebih besar.

Harga Honor Pad X9a dan Pad V9 di Malaysia

Berikut adalah harga jualan rasmi Pad X9a dan Pad V9 di Malaysia:



  • Honor Pad X9a WiFi (RAM 8GB dan storan 128GB) – RM999
  • Honor Pad X9a LTE (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM1,299
  • Honor Pad V9 (RAM 12GB dan storan 256GB) – RM1,999

Pembelian Honor X9a turut akan disertakan dengan hadiah bernilai RM598 berupa pen stailus Honor Choice dan papan kekunci wayarles. Manakala, pembelian Honor Pad V9 akan didatangkan dengan hadiah bernilai RM898 iaitu pen stailus Honor Magic Pencil 3 dan papan kekunci dengan touchpad.

Anda boleh dapatkan Honor Pad V9 bermula 11 April di Lazada dan Shopee, manakala Pad X9a LTE akan dijual bermula 25 April di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Honor Pad X9a LTE

Versi LTE Pad X9 yang baru dilancarkan ini mengekalkan spesifikasi yang sama dengan versi WiFi-nya. Di hadapan, ia didatangkan dengan paparan 11.5-inci jenis LCD dengan resolusi 2.5K (2508 x 1504) dan sokong kadar segar semula 120Hz bersama-sama dengan kecerahan puncak 400 nits, dan boleh pergi serendah 2 nits.

Kuasa penggerak utama tablet ini adalah cip Snapdragon 685, cip yang sama terdapat pada Honor Pad X9. Cip itu dipadankan dengan RAM 8GB dan storan dalaman lebih besar 256GB. Sejurus keluar kotak, ia akan menjalankan Android 15 yang diselaputi dengan Magic OS 9.0.

Untuk produktiviti, tablet ini juga boleh digunakan bersama pen stailus Honor Choice dan papan kekunci wayarles, serta menyokong fungsi Muti-Screen Collaboration untuk interaksi lancar dengan telefon Honor.

Membekalkan tenaga pada tablet adalah bateri berkapasiti 8,300mAh dan ia boleh dicas semula pada kuasa 35W melalui USB-C. Untuk pengimejan, tablet ini dimuatkan dengan kamera belakang 8MP dan kamera depan 5MP. Bunyi-bunyian tablet dikeluarkan empat speaker dengan kelantangan kuat 200%.

Terdapat juga sokongan WiFi 5 dan Bluetooth 5.1, dengan keseluruhan tablet hanya berukuran 6.7mm dan berat 475g. Honor Pad X9a tersedia dalam satu pilihan warna iaitu kelabu.

Spesifikasi Honor Pad V9

Pad V9 pula adalah varian tablet yang lebih premium. Seperti Pad X9a, ia turut menggunakan paparan LCD bersaiz 11.5- inci, tetapi hadir dengan resolusi lebih tinggi 2.8K (2,800 x 1,840) dan sokong kadar penyegaran lebih pantas 144Hz. Kecerahan puncak yang disokong adalah setinggi 500 nits dan ia turut dilengkapi dengan beberapa pensijilan penjagaan mata, termasuk AI Defocus Comfort Display.

Untuk pengalaman produktiviti ysng dipertingkatkan, penggunaan tablet juga boleh digandingkan dengan pen stailus Magic Pencil 3 dan papan kekunci wayarles dengan touchpad. Papan kekunci tersebut juga boleh ditanggalkan untuk memberikan flesibiliki penggunaan yang lebih pelbagai.

Di dalam, tablet ini dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 8350 Elite yang dipadankan dengan RAM 12GB dan storan dalaman 25GB. Menjalankan sistem Magic OS 9.0 berasaskan Android 15, tablet ini turut didatangkan dengan ciri AI seperti AI Smart Summary, AI Meeting Translation dan AI Voiceprint Noise Reduction.

Kapasiti bateri yang dimuatkan adalah sebesar 10,100mAh yang menyokong pengecasan 35W melalui USB-C. Sistem bunyi tablet menampilkan 8 speaker dengan sokongan Hi-Res Audio. Tetapan kamera Pad V9 terdiri daripada kamera belakang 13MP dan kamera depan 8MP.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Honor Pad V9 dan Honor Pad X9a.

Tags: honorhonor malaysiaHonor Pad V9Honor Pad X9aHonor Pad X9a LTE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor Pad V9 & Pad X9a LTE dilancarkan di Malaysia, harga bermula RM999

Honor Pad V9 & Pad X9a LTE dilancarkan di Malaysia, harga bermula RM999

10 April 2025
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN