• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tecno Camon 40 Pro 5G akan tiba di Malaysia pada harga bermula RM1,099

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:39 pm
  • 11/04/2025
  • Komen
Tecno Camon 40 Pro 5G akan tiba di Malaysia pada harga bermula RM1,099
Share on FacebookShare on Twitter

Pada pertengahan Mac lepas, Tecno telah melancarkan Camon 40 Pro 4G untuk pasaran Malaysia. Model Camon 40 Pro 5G juga dikatakan akan tiba ke Malaysia, namun tarikh pelancarannya masih belum diumumkan. Kini, nampaknya ia akan dilancarkan tidak lama lagi setelah Tecno mendedahkan butiran harga jualannya Malaysia.

Melalui hantaran di Facebook, Tecno memaklumkan Camon 40 Pro 5G akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM1,099, dan boleh didapatkan menerusi stor rasmi Tecno di Lazada, Shopee dan TikTok. Sebagai perbandingan, harga model 5G ini adalah RM200 lebih mahal berbanding Camon 40 Pro 4G, yang dijual pada harga RM 899 untuk satu-satunya varian RAM 8GB dan storan 256GB.



Selain daripada itu, tiada maklumat mengenai varian yang akan diperkenalkan dan juga tarikh tepat pelancarannya. Tecno hanya menyatakan bahawa peranti tersebut akan dilancarkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, spesifikasi penuh dan rekaan Camon 40 Pro 5G telah pun diketahui memandangkan ia telah dilancarkan di peringkat antarabangsa di MWC 2025.



Spesifikasi Tecno Camon 40 Pro 5G

Tecno Camon 40 Pro 5G berkongsi rekaan dan spesifikasi hampir sama dengan model 4G-nya, kecuali pada bahagian cip dan skrin. Camon 40 Pro 5G juga menampilkan skrin AMOLED 6.78-inci beresolusi FHD+ yang sama dengan Camon 40 Pro 4G, tetapi menyokong kadar penyegaran lebih pantas 144Hz.

Atas papan utama, berbanding MediaTek Helio G100, model 5G ini dikuasakan cip lebih berkuasa, MediaTek Dimensity 7300 dan berkemungkinan turut akan tersedia dengan RAM 8GB dan storan 256GB yang sama. Kapasiti bateri yang dimuatkan adalah sama iaitu 5,200mAh dan menyokong pengecasan 45W USB-C.

Untuk bahagian kamera, Camon 40 Pro 5G menggunakan tetapan kamera yang sama dengan Camon 40 Pro 4G. Ia adalah kamera utama 50MP f/1.9 OIS, kamera ultralebar 8MP dan kamera selfie 50MP. Untuk ketersambungan, ia menyokong NFC, 5G, Bluetooth 5.0 dan WiFi 5.

Terdapat juga pengimbas cap jari dalam skrin dan telefon diiktiraf kalis air dan debu IP68/69.

Tags: tecnoTecno Camon 40 ProTecno Camon 40 Pro 5Gtecno malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tecno Camon 40 Pro 5G akan tiba di Malaysia pada harga bermula RM1,099

Tecno Camon 40 Pro 5G akan tiba di Malaysia pada harga bermula RM1,099

11 April 2025
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN