• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony naikkan harga PS5 di Eropah, UK, Australia dan New Zealand

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:48 pm
  • 14/04/2025
  • Komen
Masalah stok Sony PS5 belum selesai, kini harganya naik 10% di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Sony hari ini telah mengumumkan kenaikan harga konsol PlayStation 5 (PS5) di beberapa pasaran. Berdasarkan pengumuman yang dibuat melalui blog PlaySation, peningkatan harga ini terkesan di empat pasaran, iaitu Eropah, United Kingdom (UK), Australia dan New Zealand.

Menurut Sony, keputusan kenaikan harga ini dibuat ekoran persekitaran ekonomi yang mencabar, termasuk inflasi tinggi dan kadar tukar pertukaran mata wang yang tidak menentu. Namun, syarikat itu tidak menyatakan sama ada kenaikan tersebut berkaitan atau dipengaruhi oleh tarif baharu yang diumumkan oleh Amerika Syarikat baru-baru ini.



PS5 Blu-Ray

Tambahan pula, perubahan harga ini dikatakan Sony akan berkuat kuasa bermula 14 April, dengan kenaikan terutamanya untuk PS5 Digital Eidition. Ini kerana, harga PS5 Digital Edition naik di keempat-empat pasaran yang disebutkan, dengan ia kini berharga EUR499.99 (naik EUR50) di Eropah, GBP429.99 (naik GBP40) di United Kingdom, AUD749.95 di Australia dan NZD859.95 di New Zealand.

Sementara itu, harga PS5 Blu-Ray turut naik di dua pasaran, iaitu Australia dan New Zealand, dengan masing-masing kini berharga AUD $829.95 dan NZD949.95. Bagaimanapun, harga PS5 Pro kekal sama dan tidak berubah, dan Sony turut menurunkan harga Disc Drive berasingan untuk PS5,berkuat kuasa mulai hari ini.



Harga Disc Drive baru

Namun, selain dari empat pasaran yang disebutkan, harga PS5 juga mungkin akan terima kenaikan di pasaran EMEA lain, menurut Sony. Tidaklah pasti Malaysia akan terkesan dengan kenaikan harga ini ataupun tidak. Pada ketika ini, berikut adalah harga PS5 di Malaysia:

  • PS5 Digital Edition – RM2,069
  • PS5 Disc Edition – RM2,499
  • PS5 Pro – RM3,849

Untuk maklumat anda, ini bukanlah kali pertama Sony menaikkan harga konsol PS5. Terdahulu, pada tahun 2022, Sony telah menaikkan beberapa pasaran utama termasuk Malaysia.

[Sumber: Blog PlayStation]

Tags: Sonysony playstationsony playstation 5Sony PlayStation 5 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Masalah stok Sony PS5 belum selesai, kini harganya naik 10% di Malaysia

Sony naikkan harga PS5 di Eropah, UK, Australia dan New Zealand

14 April 2025
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN