• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google kembalikan widget tukaran mata wang MYR di enjin carian

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:43 pm
  • 18/04/2025
  • Komen
Google kembalikan widget tukaran mata wang MYR di enjin carian
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda sering menggunakan carian Google untuk pertukaran mata wang, berita ini pasti mengujakan anda. Google akhirnya telah mengembalikan semula widget pertukaran mata wang untuk carian Ringgit Malaysia (MYR) pada platform mereka, lantas memudahkan anda untuk mendapatkan kadar pertukaran dengan lebih cepat.

Dengan adanya widget ini semula, anda tidak lagi perlu pergi ke laman web lain dan boleh mendapatkan kadar pertukaran mata wang terkini dengan hanya membuat carian seperti “USD ke MYR” atau “CNY ke MYR”.



Widget pertukaran wang Google adalah ciri yang telah wujud sekian lama. Tetapi sekitar Mac tahun lepas, Google telah memadam widget tersebut selepas ditegur kerana memaparkan kadar pertukaran MYR ke USD yang salah. BNM menolak kadar tukaran tidak tepat Google, iaitu pada RM4.98/USD pada 15 Mac, sedangkan kadar tukaran sebenar sepatutnya RM4.7075/USD.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada ketika itu turt mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang salah berkaitan kadar pertukaran mata wang, dan telah meminta penjelasan dari Google mengenai data tersebut.



Sehubungan itu, Google Malaysia memohon maaf atas kesilapan data yang berlaku dan melakukan pembetulan sewajarnya dengan pihak ketiga, Morningstar yang menyediakan kadar tukaran USD ke MYR tersebut. Namun begitu, widget itu tidak dipaparkan untuk carian berkaitan MYR sehinggalah baru-baru ini.

Fahmi menafikan bahawa tindakan Google memadam widget pertukaran mata wang berpunca daripada arahan mana-mana pihak tertentu. Beliau mengatakan keputusan untuk mematikan fungsi itu buat sementara waktu adalah untuk menyelesaikan isu teknikal yang berlaku. Fahmi juga mengatakan kadar tukaran MYR akan dipamerkan semula selepas proses baik pulih selesai.

Pada ketika itu, salah satu cara untuk menggunakan widget pertukaran mata wang Google adalah dengan membuat carian mata wang tidak berkaitan MYR, kemudian memilih mata wang MYR secara manual pada widget sekiranya ia muncul.

Tags: bnmGoogleKadar pertukaran mata wangringgit malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Google kembalikan widget tukaran mata wang MYR di enjin carian

Google kembalikan widget tukaran mata wang MYR di enjin carian

18 April 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER