• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Nitro Mobile Gaming Controller dilancar di Malaysia, hanya RM349 untuk tempoh terhad

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:52 pm
  • 29/04/2025
  • Komen
Acer Nitro Mobile Gaming Controller dilancar di Malaysia, hanya RM349 untuk tempoh terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Selain melancarkan barisan laptop Predator terbaru, Acer Malaysia turut memperkenalkan Nitro Mobile Gaming Controller, iaitu aksesori alat kawalan permainan mudah alih yang boleh digunakan dengan telefon pintar. Sempena pelancarannya, Acer turut menawarkannya pada harga lebih murah untuk tempoh terhad.

Harga Nitro Mobile Gaming Controller di Malaysia

Alat kawalan permainan Nitro Mobile Gaming Controller ini boleh didapatkan di Malaysia sekarang, pada harga RM439. Tetapi untuk tempoh terhad, ia ditawarkan harga lebih murah, hanya RM349, sekiranya anda membelinya sebelum 15 Mei 2025.



Anda boleh dapatkan Nitro Mobile Gaming Controller di Acer eStore, Lazada, Shopee dan semua pengedar sah Acer di seluruh negara.

Spesifikasi Nitro Mobile Gaming Controller

Nitro Mobile Gaming Controller menampilkan rekaan boleh lipat untuk mudah dibawa ke mana-mana. Ia serasi digunakan bersama telefon pintar yang menjalankan Android 9.0 dan ke atas, serta model iPhone 15 atau yang lebih baharu untuk peranti bersaiz sehingga 8.3-inci.



Ia disambungkan ke telefon menggunakan USB-C dan menyokong pengecasan 18W, membolehkan anda bermain sambil mengecas peranti, selain turut menyokong pengecasan wayarles.

Daripada segi kawalan, ia didatangkan dengan 15 butang kawalan, termasuk dua joystick, butang D-pad, ABXY dan butang trigger L2 dan R2 di belakang.

Selain itu, alat kawalan ini turut didatangkan dengan cengkaman boleh dilaras dan pad getah untuk keselesaan yang baik. Ia juga dilengkapkan dengan butang khusus untuk screenshot dan butang Nitro.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Nitro Mobile Gaming Controller.

Tags: AcerAcer Malaysiaacer nitroAcer Nitro Mobile Gaming ControllerNitro Mobile Gaming Controller
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer Nitro Mobile Gaming Controller dilancar di Malaysia, hanya RM349 untuk tempoh terhad

Acer Nitro Mobile Gaming Controller dilancar di Malaysia, hanya RM349 untuk tempoh terhad

29 April 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER