• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch ‘n Go umum kad Hot Wheels edisi terhad, bekerjasama dengan Jaecoo di MAS 2025

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:37 pm
  • 07/05/2025
  • Komen
Touch ‘n Go umum kad Hot Wheels edisi terhad, bekerjasama dengan Jaecoo di MAS 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Touch ‘n Go telah mengumumkan kedatangan kad Touch ‘n Go NFC edisi terhad Hot Wheels terbaharu, sempena Malaysian Autoshow 2025. Kad ini akan ditawarkan secara eksklusif di pameran tersebut yang akan berlangsung dari 9 Mei hingga 15 Mei.

Kali ini, Touch ‘n Go mengambil tempat di Malaysian Autoshow 2025 melalui kerjasama strategik dengan jenama automotif Jaecoo. Kepada yang berminat, anda boleh dapatkan kad ini di reruai Jaecoo bertempat di Hall A, 07B, pada harga RM25 dan terhad kepada 3,000 unit sahaja.



Ini bukan kali pertama Touch ‘n Go memperkenalkan kad Touch ‘n Go NFC bertemakan Hot Wheels. Tahun lepas di Malaysian Autoshow 2024, mereka turut memperkenalkan kad edisi terhad Hot Wheels tetapi dengan hanya 2,000 unit sahaja yang ditawarkan.

Selain kad Hot Wheels, Touch ‘n Go juga akan mempamerkan beberapa produk lain di reruai mereka di Malaysian Autoshow 2025. Ini termasuk tag RFID dan Charm Edisi Kucing, yang ditawarkan diskaun dengan kedua-duanya boleh dibeli pada harga RM30.



Lebih menarik, melalui kerjasama bersama Jaecoo, Touch ‘n Go turut akan menawarkan kad TNG NFC dan charm istimewa dengan rekaan Jaecoo di pameran ini, dengan masing-masing ditawarkan pada harga RM25 dan RM30.

Kalau berminat, pastikan untuk kunjungi reruai Touch ‘n Go dan Jaecoo di Malaysian Autoshow 2025 yang akan berlangsung dari 9 Mei hingga 15 Mei. Pameran akan berjalan dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

[Sumber: Siaran akhbar Touch ‘n Go]

Tags: hot wheelsjaecookad touch n goMalaysian Autoshowtngtng nfcTouch n Go
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Touch ‘n Go umum kad Hot Wheels edisi terhad, bekerjasama dengan Jaecoo di MAS 2025

Touch ‘n Go umum kad Hot Wheels edisi terhad, bekerjasama dengan Jaecoo di MAS 2025

7 May 2025
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN