• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

EV Perodua: Tampil rekaan fastback, skim sewa bateri disahkan, akan dilancar suku ke-4

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:38 pm
  • 08/05/2025
  • Komen
EV Perodua: Tampil rekaan fastback, skim sewa bateri disahkan, akan dilancar suku ke-4
Share on FacebookShare on Twitter

Perodua hari ini telah mendedahkan perkembangan terkini dalam perjalanan mereka ke arah kenderaan elektrik (EV). Di Malaysian Autoshow 2025, pengeluar kereta nasional kedua tersebut mempersembahkan prototaip terbaharu yang menurut Presiden dan CEO-nya, Zainal Abidin Ahmad sangat hampir dengan versi pengeluaran sebenar.

EV Perodua akan dilancarkan pada suku ke-4

Beliau mendedahkan bahawa EV Perodua ini sekarang berada di peringkat akhir homologasi, iaitu proses untuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa, dan pengeluarannya dijangka akan bermula antara September hingga Oktober. Perodua juga yakin bahawa EV mereka bersedia untuk dilancarkan menjelang hujung 2025.



Spesifikasi yang dikongsikan pada ketika ini masih sama seperti yang pernah diumumkan Perodua sebelum ini. Ini termasuk penggunaan bateri CATL dengan kapasiti sekitar 50kWh, jarak kembara 400km, dan berupaya memecut dari 0-100km/j dalam masa bawah 7 saat.

Dikatakan EV ini memerlukan masa sekitar 8 jam untuk dicas penuh menggunakan pengecasan AC. Manakala, untuk pengecasan DC, bateri boleh dicas dari 30% ke 80% dalam masa 30 minit.



Zainal turut berkongsikan bahawa EV Perodua ini mampu untuk mencapai kelajuan maksimum pada 165km/j. Ia juga akan dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS Tahap 2 dan direka dengan rekaan memenuhi piawaian 5-bintang A-NCAP. Tambahan lagi, beliau turut mengatakan EV ini menampilkan rekaan fastback yang disasarkan untuk kereta segmen B.

Perodua sahkan skim sewa bateri EV akan diperkenalkan

Selain itu, Zainal Abidin turut mengesahkan EV Perodua ini akan ditawarkan melalui perkhidmatan sewaan bateri. Melalui pendekatan ini, ia membolehkan Perodua untuk menawarkan EV ini dengan harga bawah RM80,000.

Pengguna juga boleh membeli EV ini secara tunai atau melalui pinjaman bank, kemudian mendaftar perkhidmatan sewaan bateri secara berasingan. Pilihan untuk membeli EV dan bateri sekali gus juga akan disediakan kepada pengguna, tetapi butiran lanjut mengenai pembelian dan sewaan ini masih lagi dalam perbincangan.

Walau bagaimanapun, Perodua tidak akan melaksanakan sistem bateri yang boleh ditukar ganti sendiri untuk EV mereka buat masa ini. Pun begitu, Zainal menjelaskan bahawa pelanggan masih boleh menukar bateri voltan tinggi pada EV ini di pusat servis dalam masa 30 minit, sekiranya terdapat sebarang masalah.

Zainal juga menjelaskan pelanggan yang membeli bateri secara terus perlu menanggung kos penggantian bateri baru selepas tempoh jaminan 8 tahun tamat, jika perlu. Sementara itu, pelanggan yang memilih skim sewaan akan menerima penggantian bateri secara percuma selagi mereka terus melanggan perkhidmatan tersebut.

EV Perodua ini akan dikeluarkan secara besar-besaran

Prototaip EV Perodua dikesan di hab pengecasan EV yang baru dibuka di restoran Tai Chong Seafood di Teluk Intan

Satu lagi perkembangan menarik yang dikongsikan oleh Zainal di Malaysia Autoshow hari ini ialah Perodua telah memutuskan untuk menjadikan EV mereka sebagai model pengeluaran besar-besaran, berbanding perancangan asalnya untuk mengeluarkan EV dalam skala kecil.

Pengeluaran fasa awal EV ini akan dimulakan dengan jumlah yang agak terhad iaitu sekitar 500 unit sebulan. Tetapi Perodua bercadang untuk tingkatkannya kepada 2,000 unit sebulan.

Tags: EVkenderaan elektrikkereta elektrik​Malaysian Autoshow 2025Peroduaperodua emoperodua emo-iiperodua ev
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

EV Perodua: Tampil rekaan fastback, skim sewa bateri disahkan, akan dilancar suku ke-4

EV Perodua: Tampil rekaan fastback, skim sewa bateri disahkan, akan dilancar suku ke-4

8 May 2025
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN