• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kingston lancar Fury Renegade G5, SSD PCIe Gen5 dengan kelajuan sehingga 14,800MBps

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:44 pm
  • 13/05/2025
  • Komen
Kingston lancar Fury Renegade G5, SSD PCIe Gen5 dengan kelajuan sehingga 14,800MBps
Share on FacebookShare on Twitter

Kingston baru sahaja mengumumkan ahli baharu dalam barisan storan berprestasi tinggi mereka, iaitu Kingston FURY Renegade G5. Ini merupakan SSD PCIe 5.0 jenis NVMe M.2 yang direka khusus untuk gamer dan pengguna yang mahukan kelajuan dan prestasi maksimum pada sistem mereka.

Fury Renegade G5 memanfaatkan sepenuhnya keupayaan PCIe Gen5 x4 dan NAND 3D TLC untuk menawarkan kelajuan bacaan dan tulisan sangat pantas, sehingga 14,800MBps baca dan 14,000MBps tulis, dengan prestasi IOPS sehingga 2.2 juta. Ini lantas menghapuskan isu bottleneck storan dan mengurangkan masa pemuatan, menjadikannya ideal untuk tugasan berat seperti kerja penyuntingan dan juga gaming.



Untuk memastikan prestasi konsisten walaupun di bawah beban tinggi, SSD ini menggunakan cip “Silicon Motion SM2508” berasaskan litografi 6nm bersama cache DDR4 DRAM yang jimat tenaga. Ia juga dilengkapi sistem pengurusan tenaga berasingan (independent Buck IC) dan papan litar PCB 12 lapisan untuk meningkatkan kualiti isyaran dan menjamin data tidak rosak semasa diproses.

Semua ini dapat membantu mengekalkan suhu dan penggunaan tenaga pada tahap optimum. Selain itu, Renegade G5 hadir dalam saiz M.2 2280 yang kompak dan mudah dipasang dalam kebanyakan papan induk. Ia juga serasi papan induk lama yang menggunakan slot PCIe Gen3 dan PCIe Gen4.



Kingston menawarkan tiga pilihan kapasiti untuk Fury Renegade G5, iaitu:

  • 1024GB – Kelajuan sehingga 14,200/11,000MBps (baca/tulis), TBW 1.0 PB
  • 2048GB – Kelajuan sehingga 14,700/14,000MBps (baca/tulis), TBW 2.0 PB
  • 4096GB – Kelajuan sehingga 14,800/14,000MBps (baca/tulis), TBW 4.0 PB

Kingston turut menyertakan waranti terhad selama 5 tahun serta sokongan teknikal percuma. Jika anda seorang gamer atau pengguna profesional yang mahukan prestasi storan terpantas, Kingston Fury Renegade G5 ini mungkin SSD yang boleh anda pertimbangkan.

Berdasarkan penyenaraian di ThunderMatch, berikut adalah harga jualan Fury Renegade di Malaysia:

  • 1024GB – RM879
  • 2048GB – RM1,399
  • 4096GB – RM2,679

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Kingston Fury Renegade G5.

Tags: KingstonKingston FuryKingston Fury Renegade G5nvmePCIe 5.0SSD
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kingston lancar Fury Renegade G5, SSD PCIe Gen5 dengan kelajuan sehingga 14,800MBps

Kingston lancar Fury Renegade G5, SSD PCIe Gen5 dengan kelajuan sehingga 14,800MBps

13 May 2025
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN