• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer umum Predator Triton 14 AI & Helios Neo 14 AI, laptop gaming kompak dengan Intel Core Ultra 9

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:14 pm
  • 19/05/2025
  • Komen
Acer umum Predator Triton 14 AI & Helios Neo 14 AI, laptop gaming kompak dengan Intel Core Ultra 9
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena acara Computex 2025 yang berlangsung pada minggu ini, Acer telah memperkenalkan dua laptop gaming terbaharu dalam barisan Predator, iaitu Triton 14 AI dan Helios Neo 14 AI. Kedua-duanya menyasarkan pengguna yang mahukan prestasi tinggi dalam bentuk yang lebih mudah alih.

Spesifikasi Predator Triton 14 AI

Bermula dengan Predator Triton 14 AI, ia tampil dengan reka bentuk sleek dan premium. Badannya diperbuat daripada aluminium tahan lasak, dengan berat hanya 1.6kg dan tebal 17.31mm. Acer juga mengatakan casis laptop diselaputi dengan salutan anti cap jari,bagi memastikan permukaannya kekal bersih dan tampil elegan sepanjang masa.



Triton 14 AI dilengkapi dengan paparan bersaiz 14.5-inci jenis OLED WQXGA+ (2880 x 1800), menyokong kadar segar semula 120Hz, masa respons sepantas 1ms, cakupan gamut warna DCI-P3 100%, serta memiliki Calman Verified untuk ketepatan warna lebih baik. Tambahan pula, paparannya turut menyokong kawalan melalui sentuhan.

Dari segi prestasi, Triton 14 AI dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra 9 288V, bersama pilihan GPU NVIDIA GeForce RTX 5070 dengan DLSS 4. Ia turut dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 32GB dan storan PCIe Gen 4 NVMe sehingga 2TB. Sebagai sebuah Copilot+ PC, pengguna juga mendapat ciri AI Windows macam Live Captions dan penjanaan imej terus dalam Microsoft Paint.



Untuk sistem penyejukan, laptop ini menggunakan kipas AeroBlade generasi ke-6, yang dikatakan mempunyai bilah ternipis di dunia dengan ketebalan hanya 0.05mm. Kipas tersebut digabungkan dengan sistem Vortex Flow memastikan aliran udara kekal optimum dan berkesan, walaupun dalam casis nipis. Ia juga menggunakan menggunakan graphene sebagai bahan Thermal Interface Material (TIM) pada CPU, menawarkan kecekapan pelesaban haba 14.5% lebih baik dari biasa.

Satu perkara yang membuatkan Triton 14 AI menarik adalah, pad sesentuh haptik yang digunakan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass dan disertakan dengan sokongan stylus untuk protokol seperti AES 2.0, USI 2.0 dan MPP 2.5. Ia menawarkan tahap tekanan sebanyak 4,096, memboleh pengguna melukis atau menulis dengan lebih tepat dan intuitif.

Laptop ini juga tampil dengan papan kekunci RGB, Human Presence Detection (HPD), aplikasi PredatorSense, Intel Killer WiFi 7 dan sokongan Thunderbolt 4.

Spesifikasi Predator Helios Neo 14 AI

Sementara itu, Predator Helios Neo 14 AI pula merupakan model kompak dalam siri Helios, dengan paparan berukuran 14.5-inci OLED dengan resolusi WQXGA dalamnisbah 16:10 dan kadar segar semula 120Hz. Paparannya juga menawarkan masa respons sepantas 0.2ms, menyokong 100% gamut warna DCI-P3, dan turut dilengkapi teknologi NVIDIA Advanced Optimus.

Di dalam, ia tersedia dengan pilihan cip pemproses Intel Core Ultra 9 285H atau Intel Core Ultra 7 255h, bersama GPU RTX 5070 atau RTX 5060, serta menyokong RAM LPDDR5X hingga 32GB dan storan sehingga 2TB. Menyejukkan laptop dalam adalah kipas AeroBlade generasi ke-5, yang digabungkan bersama sistem Vortex Flow dan sebatian cecair berasaskan logam pada CPU.

Dari segi rekaan, ia hadir dengan penutup logam yang menampilkan logo RGB dan papan kekunci RGB dengan tiga zon. Helios Neo 14 AI juga menyokong ciri sambungan pantas seperti Intel Killer Wi-Fi 6E, port Thunderbolt 4, serta ciri AI seperti Acer PurifiedVoice 2.0 dan PurifiedView 2.0 dan aplikasi ProCam yang boleh merakam sorotan ketika gaming secara automatik dengan bantuan AI.

Harga dan ketersediaan Predator Triton 14 AI dan Helios Neo 14 AI

Kedua-dua Predator Triton 14 AI dan Helios Neo 14 AI akan tersedia di pasaran Eropah pada bulan Julai, dengan masing-masing bermula pada harga EUR 2,999 (~RM14,498) dan EUR 1,699 (~RM8,213).

Buat masa ini, Acer Malaysia masih belum mendedahkan sama adakedua-dua laptop akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia ataupun tidak.

Tags: AcerAcer MalaysiaAcer Predator Triton 14 AIlaptopLaptop gamingPredator Helios Neo 14 AIPredator Triton 14 AI
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer umum Predator Triton 14 AI & Helios Neo 14 AI, laptop gaming kompak dengan Intel Core Ultra 9

Acer umum Predator Triton 14 AI & Helios Neo 14 AI, laptop gaming kompak dengan Intel Core Ultra 9

19 May 2025
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN