• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:55 pm
  • 28/05/2025
  • Komen
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda bosan dengan kad Touch ‘n Go biasa, kini syarikat itu telah memperkenalkan kad TNG NFC baharu yang dipanggil sebagai kad Touch ‘n Go LED Edisi Terhad. Macam namanya, kad ini tampil dengan lampu LED, yang akan menyala setiap kali anda tap untuk buat pembayaran atau tambah nilai kad menggunakan telefon pintar melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Ini merupakan kali pertama Touch ‘n Go memperkenalkan kad TNG dengan fungsi unik seperti ini, berbeza daripada edisi terhad sebelum ini yang hanya menampilkan kemasan rekaan berbeza.



Dari segi rupa, kad ini hadir dengan warna hitam sepenuhnya. Pada bahagian depan kad, terdapat tulisan “You light up my life” berserta gambar lampu mentol, yang juga di mana terletaknya lampu LED tersebut.

Fungsi kad Touch n Go LED ini sama seperti kad Touch n Go NFC lain. Pengguna boleh tambah nilai kad terus dari telefon pintar, dan kad turut menyokong fungsi PayDirect untuk membayar tol, di mana ia akan menggunakan baki di aplikasi Touch n Go eWallet apabila kad disentuh di plaza tol.



Harga dan ketersediaan Kad TNG LED Edisi Terhad

Kad TNG LED Edisi Terhad ini boleh didapatkan sekarang melalui stor rasmi TNG di Shopee, serta stor fizikal di Bangsar dan Nu Sentral. Ia dijual pada harga RM27 sebuah, sedikit lebih mahal berbanding kad TNG NFC edisi terhad lain yang berharga RM25.

Tinjauan di Shopee mendapati kad ini masih memiliki stok, setakat artikel ini ditulis. Tiada had pembelian dan kad boleh dibeli lebih dari sekeping seorang. Namun stok dilihat menyusut dengan cepat. Jadi jika berminat, pastikan segera singgah ke stor Shopee mereka untuk membuat pembelian.

Berdasarkan halaman Shopee itu, kad akan sampai kepada pembeli sekitar 16 Jun 2025.

Tags: kad tngKad TNG LED Edisi Terhadkad touch n gotngTouch n Go
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN