• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Astro tawar diskaun 50% untuk Max dengan langganan 12 bulan, tersedia waktu terhad

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:59 pm
  • 10/06/2025
  • Komen
Astro tawar diskaun 50% untuk Max dengan langganan 12 bulan, tersedia waktu terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda bercadang untuk melanggan platform penstriman Max, sekarang adalah masa terbaik. Ini kerana, Astro telah mengumumkan mereka kini menawarkan penjimatan 50% untuk Max menerusi langganan 12 bulan. Tawaran ini disediakan kepada semua pelanggan Astro, sama ada pelanggan sedia ada atau baru, dari sekarang hingga 30 Jun 2025.

Terdapat dua pelan langganan yang ditawarkan, iaitu:



  • Max Standard: RM16.96/bulan (harga biasa RM33.90)
  • Max Ultimate: RM25.95/bulan (harga biasa RM52.90)

Dengan langganan Max, pelanggan boleh menikmati akses kandungan seperti Wicked, Mickey 17, Just Like That (Season 3) dan Gladiator II, melalui Ultra atau Ulti Box, atau terus dari aplikasi Max.

Menariknya, langganan dengan harga promosi ini akan diperbaharui secara automatik setiap tahun, bermakna anda boleh menikmati kadar promosi ini selama mana anda terus melanggannya. Namun, perlu dinyatakan bahawa jika anda membatalkan langganan sebelum tempoh pembaharuan, anda akan dikenakan caj penamatan awal bersamaan dua bulan langganan harga asal, mengikut pakej yang anda langgan.



Prime Video kini percuma untuk pakej terpilih

Selain Max, Astro juga kini memberikan pelanggan pakej Movies Bundle dan One Epic Pack akses percuma kepada Prime Video tanpa sebarang caj tambahan. Pelanggan yang menggunakan Ultra atau Ulti Box dengan pakej yang dikatakan tadi boleh mengaksesnya mulai sekarang, manakala bagi pelanggan tanpa Ultra atau Ulti Box akan mendapat akses bermula 24 Jun 2025.

Untuk pelanggan Astro lain, Prime Video masih boleh ditambah sebagai add-on pada harga RM25/bulan. Antara kandungan menarik di Prime Video terasuk The Accountant 2, Another Simple Favor, The Summer I Turned Pretty, K-drama seperti Good Boy, Head Over Heels, kandungan India seperti The Traitors (S1) dan filem Indonesia seperti Sabtu Bersama Bapak dan banyak lagi.

Heroes kembali ke saluran 100

Satu lagi kejutan adalah, Astro juga kini mengembalikan semula saluran Heroes (CH100) pada 16 Jun jam 11:30 pagi. Saluran ini akan bersiaran selama satu bulan dan tersedia kepada semua pelanggan Astro tanpa sebarang caj tambahan.

Saluran khusus untuk kandungan aksi dan thriller menampilkan lebih 100 tajuk dan 300 jam kandungan dalam bahasa Inggeris, Korea dan beberapa lagi bahasa lain. Anda boleh nikmati kandungan K-Drama Disney Hotstar seperti First Responder, The Revenant, Blood Free dan The Zone Survival, serta hiburan aksi dan keluarga seperti X-Men, Captain America: The First Avenger, The Lion King, Zootopia dan Moana.

Tags: astroastro malaysiaAstro MaxmaxPrime Video
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Astro tawar diskaun 50% untuk Max dengan langganan 12 bulan, tersedia waktu terhad

Astro tawar diskaun 50% untuk Max dengan langganan 12 bulan, tersedia waktu terhad

10 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER