• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:33 pm
  • 12/06/2025
  • Komen
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP
Share on FacebookShare on Twitter

Macam yang dijanjikan, Realme Malaysia hari ini telah melancarkan telefon siri C terbaharu mereka, Realme C71 untuk pasaran Malaysia. Ia adalah telefon kelas permulaan yang tampil dengan spesifikasi cukup menarik seperti kapasiti bateri besar, sokongan pengecasan pantas dan lampu yang boleh berinteraksi dengan notifikasi di belakang.

Harga dan ketersediaan Realme C71

Terdapat satu varian Realme C71 yang ditawarkan di Malaysia dan berikut adalah harga jualan rasminya:



  • Realme C71 (RAM 6GB dan storan 128GB) – RM499

Kepada mereka yang berminat, jualan pertama Realme C71 akan bermula dari 13 Jun hingga 12 Julai 2025. Mereka yang membelin dalam tempoh tersebut akan menerima hadiah pelindung skrin dan lanjutan waranti satu tahun bernilai RM169.

Untuk membuat pembelian anda boleh singgah ke stor rasmi Realme di Lazada, Shopee atau TikTok. Ia juga tersedia didapatkan melalui kedai jenama Realme dan semua pengedar sah Realme di Malaysia.



Spesifkasi Realme C71

Di bahagian muka, Realme C71 dipasangkan dengan skrin LCD 6.67” beresolusi HD+ (1604×720) dan menyokong kadar segar semula 120Hz. Skrinnya turut ada kecerahan puncak 725 nits dan kadar pensampelan sentuh 240Hz. Dari segi binaan, telefon ini ada rekaan tahan lasak yang melepasi standard ketenteraan dan tahan jatuh setinggi 1.5 meter.

Satu ciri unik yang diketengahkan pada C71 adalah, ia tampil dengan lampu Pulse Light, iaitu lampu yang boleh berinteraksi dengan notifikasi atau pengecasan, terletak di sekeliling modul kamera belakang. Ia menyokong 9 pilihan warna dan 5 mod pencahayaan. Sistem bunyi pula adalah jenis stereo dengan kelantangan kuat 400% dan ia akan menjalankan Realme UI berasaskan Android 15.

Telefon ini turut hadir dengan rekaan ultra nipis 7.79mm dan ringan 196g, yang dinamakan Realme Light Feather Design yang bukan sahaja selesa dipegang, tetapi dikatakan juga paling ringan dalam kelasnya. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu hijau dan putih.

Kuasa penggerak utama Realme C71 adalah cip Unisoc T7250 12nm yang dipadankan bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Sekiranya RAM tidak mencukupi, ia menyokong RAM dinamik sehingga 18GB.

Untuk kamera, telefon ini dilengkapkan dengan kamera utama 50MP, dan kamera depan 5MP yang ditempatkan di lubang dahi skrin. Seperti telefon C Realme lain, terdapat juga ciri pengimejan AI disertakan termasuk aI Clear Face, AI Image Matting dan AI Eraser.

Membekalkan tenaga pada Realme C71 adalah bateri sebesar 6,300mAh, dan ia menyokong pengecasan pantas 45W, yang didakwa Realme boleh menawarkan masa penggunaan sehingga 2 hari dengan hanya mengecas satu jam. Ciri pengecasan terbalik 6W turut disediakan, membolehkan anda mengecas peranti lain menggunakan Realme C71.

Untuk maklumat lanjut berkenaan spesifikasi, anda boleh layari laman spesifikasi Realme C71.

Tags: RealmeRealme c71Realme Malaysiatelefon pintar
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN