• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:01 pm
  • 09/06/2025
  • Komen
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon kelas permulaan terbaru dalam siri C, iaitu Realme C71. Pelancarannya telah ditetapkan akan berlangsung dalam masa terdekat, iaitu pada hari Khamis, 12 Jun 2025.

Selain mengesahkan tarikh pelancarannya, tiada maklumat harga yang diberikan Realme Malaysia setakat ini. Namun begitu, menjelang pelancarannya, spesifikasi penuh Realme C71 ini telah pun diketahui memandangkan ia sudah disenaraikan di laman web Realme Malaysia.



Spesifikasi Realme C71

Untuk permulaan, Realme C71 dilengkapkan dengan skrin LCD 6.67” beresolusi HD+ (1604×720) dan menyokong kadar segar semula 120Hz. Skrinnya turut ada kecerahan puncak 725 nits dan kadar pensampelan sentuh 240Hz. Dari segi binaan, telefon ini ada rekaan tahan lasak yang melepasi standard ketenteraan dan tahan jatuh setinggi 1.5 meter.

Telefon ini turut hadir dengan rekaan ultra nipis 7.79mm dan ringan 196g, yang dinamakan Realme Light Feather Design yang bukan sahaja selesa dipegang, tetapi dikatakan juga paling ringan dalam kelasnya. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu hijau dan putih.



Kuasa penggerak utama Realme C71 adalah cip Unisoc T7250 12nm yang dipadankan bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Sekiranya RAM tidak mencukupi, ia menyokong RAM dinamik sehingga 18GB.

Untuk kamera, telefon ini dilengkapkan dengan kamera utama 50MP, dan kamera depan 5MP yang ditempatkan di lubang dahi skrin. Seperti telefon C Realme lain, terdapat juga ciri pengimejan AI disertakan termasuk aI Clear Face, AI Image Matting dan AI Eraser.

Membekalkan tenaga pada Realme C71 adalah bateri sebesar 6,300mAh, dan ia menyokong pengecasan pantas 45W, yang didakwa Realme boleh menawarkan masa penggunaan sehingga 2 hari dengan hanya mengecas satu jam. Ciri pengecasan terbalik 6W turut disediakan, membolehkan anda mengecas peranti lain menggunakan Realme C71.

Satu ciri unik yang diketengahkan pada C71 adalah, ia datang dengan Pulse Light, iaitu lampu pada sekeliling modul kamera belakang yang boleh berinteraksi dengan notifikasi atau pengecasan. Ia menyokong 9 pilihan warna dan 5 mod pencahayaan. Sistem bunyi pula adalah jenis stereo dengan kelantangan kuat 400% dan ia akan menjalankan Realme UI berasaskan Android 15.

Realme C71 bakal dilancarkan dalam masa dua hari lagi. Nantikan pengumuman rasmi untuk mengetahui harga dan varian yang akan ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut tentang spesifikasi, anda boleh layari laman produk Realme C71.

Tags: RealmeRealme c71Realme Malaysiatelefon pintar
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

9 June 2025
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN