• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aerotrain KLIA akan kembali beroperasi pada 1 Julai 2025

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:14 pm
  • 23/06/2025
  • Komen
Aerotrain KLIA akan kembali beroperasi pada 1 Julai 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lebih dua tahun tergendala, kini perkhidmatan Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) akhirnya akan kembali beroperasi. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengesahkan bahawa perkhidmatan Aerotrain akan beroperasi semula secara rasmi pada 1 Julai 2025.

Sumber gambar: Kementerian Pengangkutan

Pengumuman ini dibuat selepas beliau menghadiri sesi ujian sistem tren di Terminal 1 KLIA, yang kini memasuki fasa akhir sebelum ia dibuka semula kepada orang ramai. Menurut Loke, jika semuanya berjalan lancar, perkhidmatan Aerotrain akan dibuka semula kepada penumpang bermula 1 Julai jam 10 pagi.



Selain itu, ujian fasa akhir ini juga melibatkan simulasi pelan tindak balas kecemasan (ERP) dan pihak yang berkaitan.

Sumber gambar: Kementerian Pengangkutan

Mengulas lanjut, Loke menjelaskan bahawa keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan. Justeru, pihaknya mengambil masa untuk memastikan sistem baharu ini diuji sepenuhnya sebelum dilancarkan. Semua ujian juga dipantau oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi memastikan pematuhan kepada piawaian keselamatan.



Perkhidmatan feeder bus masih ada buat sementara

Walaupun perkhidmatan Aerotrain akan beroperasi semula, bas pengantara (feeder bus) masih digunakan sebagai sokongan. Menurut Loke, pihak pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menentukan bila masa sesuai untuk menamatkan perkhidmatan bas, selepas sistem Aerotrain boleh beroperasi pada tahap optimum.

Dengan perkhidmatan Aerotrain baharu ini, perjalanan antara terminal utama dan bangunan satelit KLIA akan lebih lancar, dianggarkan mengambil masa kurang daripada dua minit. Setiap tren dilengkapi tiga gerabak yang mampu membawa sehingga 270 penumpang, atau 90 orang bagi setiap gerabak.

Ketika waktu puncak, dua set tren akan bergerak serentak. Manakala pada waktu bukan puncak (antara 12 tengah malam hingga 5 pagi), hanya satu tren akan digunakan.

Pelancaran semula Aerotrain ini dianggap tepat pada masanya, memandangkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah kepada beberapa mesyuarat ASEAN sepanjang tahun ini. Malah, Tahun Melawat Malaysia 2026 juga semakin hampir, dan pengembalian perkhidmatan Aerotrain dilihat sebagai satu persiapan penting

“KLIA adalah pintu masuk utama negara. Dengan Aerotrain kembali beroperasi, proses perjalanan penumpang akan jadi lebih lancar dan efisien” ujar Loke.

Aerotrain tergendala sejak Mac 2023

Untuk pengetahuan anda, sistem Aerotrain KLIA telah digunakan sejak tahun 1998, sebelum perkhidmatannya tergendala pada Mac 2023 akibat kerosakan teknikal.

[Sumber: Malay Mail] [Sumber gambar]

Tags: aerotrainKLIAKLIA Aerotrain
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Aerotrain KLIA akan kembali beroperasi pada 1 Julai 2025

Aerotrain KLIA akan kembali beroperasi pada 1 Julai 2025

23 June 2025
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER